View: 28727|Reply: 10
|
Sebuah keluarga 40 tahun tinggal di tengah ‘roundabout’
[Copy link]
|
|
LONDON – Sebuah keluarga di Denbighshire, United Kingdom menyatakan bahawa mereka sudah ‘lali’ dengan persekitaran sibuk kerana tinggal di sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah bulatan jalan selama 40 tahun, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Clwyd Howatson, 65, berkata, dia biasa mendengar bunyi kereta lalu-lalang di sekeliling rumahnya di pintasan Denbigh.
Banglo milik keluarga itu sudah berada di situ selama lebih 60 tahun, sebelum bulatan tersebut dibina.
Bapa Clwyd, David John dan ibunya, Eirian Howatson berpindah ke banglo itu pada 1960 sebelum pelan untuk membangunkan bulatan jalan diserahkan.
Disebabkan enggan berpindah, kedua-dua mereka kekal di situ sehingga bulatan tersebut siap dibina pada 1980, menyebabkan kediaman itu menjadi satu-satunya rumah yang masih tinggal.
“Pemandangan dari rumah kami amat indah dan kami bertuah dapat melihat pemandangan seumpama itu.
“Jalan ini menjadi sangat sibuk pada waktu puncak, namun hanya beberapa kali dalam sehari,” ujarnya.
Clwyd berkata, dia dan isterinya ada mempertimbangkan untuk berpindah keluar apabila usia mereka semakin tua, namun berharap rumah itu akan kekal menjadi warisan keluarganya. – AGENSI
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada jauh bezapun dengan rumah rumah yang ada jalan raya di kiri kanan depan belakang jalan raya di uk uk. Cuma yang ini berada di roundabout |
|
|
|
|
|
|
|
kalau di Msia...akan dihilangkan 'mende2 buruk ni semua'.....tuk dirikan 'PEMBANGUNAN'.... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak persekitaran rumah tu bersih |
|
|
|
|
|
|
|
pemandu mabuk tidak berkeliaran ka situ? |
|
|
|
|
|
|
|
klu kat malaysia gini...time kenduri....luas tempat parking ni...hahaha
mcm cantik pulak rumah tu duk situ..... |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 19-11-2024 09:19 AM
dorang ada bela ayam lah
Aku tak faham kenapa orang Melayu pelik orang bela lembu, ayam di sekitar rumah |
|
|
|
|
|
|
|
afie_m replied at 19-11-2024 09:27 AM
nampak persekitaran rumah tu bersih
Kawasan rumah meols pun lebih kurang begini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tgh bandor
pelik lah sbb pbt (bukan skibidi2 tu ye) mana kasi bela haiwan ternakan di sekitar rumah
kacau ganggu, bau, kebersihan, safety, dsb
klu di kg tak heran lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok geran tanah juga, kalau geran pertanian ko tak boleh buat apa nak komplen tak guna, macam reban ayam kat Segari Perak tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|