CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71656|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP

[Copy link]
Post time 17-11-2024 01:00 AM | Show all posts |Read mode
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP

Oleh BERNAMA - November 16, 2024 @ 8:49pm



Foto hiasan



GEORGETOWN: Sebanyak 3,500 akaun pengguna di kawasan Lorong Delima, Lintang Delima dan Cangkat Delima di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 22 dan 23 November ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula jam 10 malam pada Jumaat hingga 6 pagi Sabtu.

Gangguan bekalan air berjadual itu berikutan pemasangan bekalan meter alir elektromagnet dan injap pengurangan tekanan bagi tiga DMA di Daerah Timur Laut di sini, kata kenyataan berkenaan.

"Seramai 3,500 akaun pengguna yang terbabit membabitkan Lorong Delima 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18 dan 20 serta Lintang Delima 1,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14 dan 16.

"Turut terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual itu ialah Cangkat Delima 1,2 serta 3 dan sehubungan itu, pengguna yang terjejas disarankan untuk menyimpan air mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh berkenaan," menurut kenyataan menerusi hantaran di Facebook PBAPP hari ini.

PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi PBAPP dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1324825/3500-akaun-pengguna-terjejas-gangguan-bekalan-air-berjadual-pbapp





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.076251 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list