View: 28835|Reply: 12
|
‘Sebab tidak dapat dielakkan’, Vanessa ganti Misha Omar di SFMM39
[Copy link]
|
|
Posisi diganti Vanessa Ben Reynauld, penyanyi Misha Omar tidak dapat membawakan lagu ciptaannya sendiri bersama Sharon Paul, Masihkah Ada Rasa Itu di Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39) tanpa sebarang menyatakan alasan.
Perkara itu diumumkan pengacara program, Izzue Islam sebelum tiba giliran Vanessa, 24, sebagai penyanyi ke-15 yang muncul di pentas Studio NTV7, malam ini.
“Misha tidak sampaikan lagu ini atas hal yang tidak dapat dielakkan,” katanya pada siaran langsung SFMM39.
Ketiadaan Misha atau nama sebenar Samihah @ Aisah Omar, 42, ini pada awalnya menimbulkan tanda tanya, namun penyanyi gantian memberikan persembahan cemerlang, sekali gus meraih sorakan penonton.
Masihkah Ada Rasa Itu antara 30 lagu yang mara ke SFMM39 untuk merebut 10 posisi ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang dijadualkan pada suku pertama tahun 2025.
Malam ini antara 17 lagu dipersembahkan termasuk Pujaanku nyanyian Masdo dan Aisyah Aziz, Memori Mungkin Berulang (Tomok & Siti Nordiana), Tangis (Nabila Razali) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip).
Manakala, pada malam esok 13 lagi calon AJL 39 bakal dipertaruhkan sebelum keputusan 10 karya terbaik diumumkan mara untuk merebut trofi utama.
Sementara itu, satu lagi lagu Angau nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Fahimi Rahmat, turut digantikan dengan penyanyi Sharul Kamal.
Difahamkan penyanyi yang berusia 27 tahun itu kini mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
SFMM39 membariskan juri profesional Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.
Kedua-dua saringan SFMM39 dikendalikan Izzue bersama Fiza Frizzy.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Fahimi tu bole nyanyi live cam fazura ke? |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil: Fahimi tu bole nyanyi live cam ...
Fahimi tu suarat lg teruk. Cuba search Fahimi Live. Meols trauma |
|
|
|
|
|
|
|
bottompro replied at 15-11-2024 10:56 AM
Fahimi tu suarat lg teruk. Cuba search Fahimi Live. Meols trauma
tp suara kembar dia ok kan? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ada lalu kt youtube kak mitch ada perform baru2 ni kt stage besar
mfp yg ada aina sekali ke mana tah
tp lagu ni pun tak kuat
besyer2 je
plg x best tajuk nk seakan lagu yg pnh ada
keluar betul2 lps ajl awl thn hr tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kosong je vanessa bawa lagu tu smlm..dhla lagu bunyi gitu je…btw mitch donut nk buat showcase 21.12.24 nanti yach..sblum berkonsert thn dpn. Ada lalu lalang kt ig hari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha betulll...dia punya key, kejap atas, kejap bawah, tertukar2 tone suara. Seram yach. Suara dgn muka seiringan gitew. Hanya media je yg keep bragging heolls tu lahir dekat England.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara Firdaus tu sedap lagi2 kalau nyanyi R&B.
|
|
|
|
|
|
|
|
siapakah sheols ini? penyanyi skrg pun malas dah nak commit AJL yg makin sendu ni yach |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 15-11-2024 05:15 PM
Vanessa ni orang apa
Chindian.. ayahnya india, maknya chinese.. mcm Datuk Nicole David |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa je nak nyanyi tak berbayar.. maka hanya penyanyi senior yang betul2 berminat akan ambil bahagian. Gitu acik speku. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah masalah label jugak macam ernie dulu..sebab nampak kak mitch ada je repost story fans yg tak sabar nak tengok dia perform..tapi tibe2 tak perform.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|