View: 18021|Reply: 9
|
Datuk Lat terima Anugerah Seniman Negara ke-9 dan wang tunai sebanyak RM60,000
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Seniman Negara kesembilan kepada Datuk Lat pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 malam ini.
Berangkat sama pada majlis itu Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim diiringi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan.
Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima wang tunai sebanyak RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan.
Beliau turut dianugerahkan status sebagai Seniman Tamu MOTAC serta insentif untuk meneruskan karya seni dan layak menerima rawatan kelas pertama di hospital kerajaan.
Pada majlis yang berlangsung di Hotel Majestic itu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut menerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024 yang disampaikan Khairul Firdaus.
Siti Nurhaliza menerima wang tunai RM30,000, sepersalinan pakaian kebangsaan, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Sementara itu, lima pengiat seni tanah air menerima Anugerah Karyawan Seni iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi kategori Karyawan Seni Muzik; Zakaria Ariffin (Karyawan Seni Lakon/Pementasan); Wong Kit Yaw (Karyawan Seni Tari); Bangie Anak Embol (Karyawan Seni Kraf Tangan) dan Wong Hoy Cheong (Karyawan Seni Visual).
Masing-masing menerima wang tunai RM30,000, watikah dan trofi, kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan serta status sebagai Seniman Tamu.
Anugerah terakhir, Anugerah Pendukung Seni pula diberikan kepada Radio Televisyen Malaysia bagi kategori media, Yayasan Hasanah bagi kategori korporat dan The Temple Of Fine Arts bagi kategori badan bukan kerajaan.
Penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM10,000, watikah dan trofi.
ASN 2024 merupakan penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan mereka dalam kesenian negara dan di peringkat dunia.
Khairul Firdaus berkata pelaksanaan ASN 2024 selepas 15 tahun merupakan satu langkah dalam menzahirkan komitmen berterusan kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam memberikan pengiktirafan dan penghormatan kepada karyawan, seniman dan bakat tempatan.
"engiktirafan dan penghormatan kepada karyawan, seniman dan bakat tempatan ini kerana telah menzahirkan ketokohan, sumbangan dan kewibawaan cemerlang dalam memperkaya khazanah seni dan budaya negara," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Beliau berkata penggiat seni merupakan khazanah negara yang harus diangkat kerana mewakili warisan budaya Malaysia yang dihargai semua lapisan masyarakat.
"Justeru adalah wajar mereka diberikan pengiktirafan dan dihargai bukan sahaja kerana karya mereka tetapi komitmen yang diberikan yang tidak pernah luntur menghiasi industri negara," katanya.
Sementara itu, Mohd Nor yang diiktiraf sebagai Seniman Negara kesembilan berharap anugerah yang diterimanya hari ini menjadi dorongan kepada generasi masa ini yang menceburi bidang seni visual.
"Di usia macam ini, saya nak bagi dorongan kepada angkatan sekarang, generasi terkini dan juga generasi akan datang dalam bidang seni lukis, kartun dan penulisan kerana bidang ini juga mustahak untuk negara," katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk kerajaan yang mengiktiraf jasa dan sumbangan anak seni.
Telah berkecimpung selama 60 tahun dalam dunia kartun, Lat mendapat pelbagai pengiktirafan dan gelaran antaranya Tokoh Warisan Orang Hidup, Ikon Budaya, Seniman Diraja Perak, Wira Budaya, Anak Malaysia dan Seniman Rakyat.
Sinonim dengan kartun Kampung Boy (1979) yang mencerminkan budaya bangsa serta kehidupan masyarakat di negara ini, karya itu menjadi karya agung beliau yang dikenali di peringkat antarabangsa dan menerima sambutan menggalakkan.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah datuk lat
tahniah tokti
tahniah tokmokh
penerima2 ni je yg kenal
tahniah jgk yg utk penerima2 yg lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh panggil tokti dgn gelaran biduanita negara tak lepas dapat anugerah khas biduan negara ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Yayasan Hasanah!
semua program yg disponsor sangat best |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Tok Lat. Selayaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
sikitnya wang hadiah
patutnya kurang kurang rm500,000
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau turut dianugerahkan status sebagai Seniman Tamu MOTAC serta insentif untuk meneruskan karya seni dan layak menerima rawatan kelas pertama di hospital kerajaan. tok lat dok ipoh kan?kat hospital besar ipoh tu ada lagi ke first class?mcm caca marba je tgk
|
|
|
|
|
|
|
|
dato lat ni patutnya dah dapat tan sri dah.....
tunggu la time beliau dah takder nanti....time tu la dpt title tan sri la....dato sri la....mcm ri la... |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 14-11-2024 09:57 AM
Boleh panggil tokti dgn gelaran biduanita negara tak lepas dapat anugerah khas biduan negara ni?
Yelaa takleh dh sebut penyanyi no syatu
Sbb dah bergelar biduanita negara kan
So kalau nk tulis artikel pasnih kena sebut Biduanita negara laaa kaan |
|
|
|
|
|
|
| |
|