CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33829|Reply: 0

[Sarawak] Abdul Karim akan bentang usul pinda Perintah Tetap DUN Sarawak

[Copy link]
Post time 13-11-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode


Asfia bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PBB. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah akan membentangkan satu usul untuk meminda Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Persidangan DUN yang dijadual bermula Isnin ini.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, Perintah Tetap semasa adalah lapuk dan tidak mencukupi untuk menghadapi cabaran semasa dan memerlukan pindaan.

"Jadi pindaan dibuat supaya sesiapa yang bertanya atau membuat kenyataan semasa Persidangan DUN mesti menyatakan kebenaran atau sumber kepada maklumat, dakwaan, kenyataan yang dibuat.

"Jika mereka tidak dapat menyatakan kebenaran, mereka tidak boleh membuat sebarang dakwaan atau kenyataan dengan memetik apa yang disiarkan dalam media sosial, akhbar dan portal berita dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pra DUN yang dipengerusikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Tambah Asfia, kali terakhir pindaan Peraturan Tetap DUN Sarawak dibuat adalah pada 2011 dan pindaan kali ini juga akan mentakrifkan apa itu media sosial.

"Pada masa ini tiada definisi media sosial. Anda mengatakan kenyataan ini dibuat dalam media sosial dan sebagainya. Tetapi apakah media sosial?

"Jadi, pindaan itu akan mentakrifkan apa itu media sosial," katanya menambah usul akan dibentangkan dan dibahaskan pada 12 November disokong Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa'ee.

Selain usul daripada menteri mengenai pindaan Peraturan Tetap DUN Sarawak, pihak DUN menurut Asfia tidak menerima usul daripada ahli dewan biasa pada persidangan yang berakhir pada 20 November.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.064570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list