CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32394|Reply: 0

[Sarawak] KBCR dimasukkan dalam kalendar acara Sarawak bermula tahun depan

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode


Yii (enam kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori lelaki terbuka kejohanan Lumba Basikal Kuala Baram 3.0 di Miri hari ini.

MIRI: Lumba Basikal Kuala Baram (KBCR) akan dimasukkan dalam kalendar acara untuk Sarawak bermula tahun depan.

Perkara itu dijelaskan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin ketika melepaskan peserta KBCR 3.0 di Dewan Bandaraya Miri hari ini.

"Selain menjadikan ia acara tahunan, aktiviti itu seiring dengan visi 'Bandar Raya Miri Sebagai Bandar Raya Peranginan Antarabangsa Paling Boleh Didiami, Hijau dan Pintar'," katanya.

Lee memberitahu, 2025 adalah tahun istimewa untuk bandar raya Miri kerana meraikan ulang tahun ke-20.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, penganjurannya juga platform untuk mempromosikan industri pelancongan di sini.

Pada tahun lalu, seramai 1,020 pelumba basikal dari dalam dan luar menyertai perlumbaan itu.

Oleh itu, Majlis Bandaraya Miri (MBM) mencadangkan agar acara itu dijadikan acara tahunan untuk terus menarik lebih ramai pelancong ke Miri.

Kerajaan Sarawak sentiasa komited dan prihatin dalam memajukan aktiviti sukan khususnya dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.

Usaha itu termasuk melibatkan penduduk Miri dalam pelbagai program sukan seperti berbasikal.

Berbasikal merupakan satu aktiviti yang bukan sahaja berfaedah untuk kesihatan tetapi juga mesra alam.

"Sukan ini bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar malah menjadikan bandar Miri lebih bersih, selamat dan sihat untuk penduduknya," jelas beliau.

Pada tahun ini, peserta melalui Laluan Pesisir Pantai dan Lebuh Raya Pan Borneo.

"Dengan kemudahan jalan raya yang baik dan selamat, ini sudah pasti menarik lebih ramai peserta untuk datang ke Miri dan menikmati keindahan bandar raya ini," katanya.

KBCR 3.0 dianjurkan oleh Kelab Lumba Basikal Masterpiece dan mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta MBM.

Lebih 400 peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan itu yang turut terlibat perlumbaan Team Time Trial (TTT) dari simpang Maigold menuju Jalan Lutong ke Kuala Baram pada Sabtu lalu, jam 7 pagi.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Bandar MBM Adam Yii pada sebelah tengah harinya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.042445 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list