CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37154|Reply: 8

[Politik] Siapa pengerusi Khazanah ketika labur FashionValet? PKR soal Akmal

[Copy link]
Post time 7-11-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 7-11-2024 02:52 PM

malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan:  Nov 6, 2024 10:54 AM



Pemimpin PKR Najwan Halimi mengingatkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh supaya tidak lupa siapa pengerusi Khazanah Nasional semasa keputusan dibuat untuk melabur dalam FashionValet.

Ini susulan kritikan Akmal terhadap bekas ahli parlimen DAP, Tony Pua, yang mengatakan penggunaan dana awam dalam jumlah besar untuk syarikat yang mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut, seperti FashionValet, adalah luar biasa.

"Mungkin Dr Akmal lupa siapa pengerusi Khazanah tatkala dana awam yang luar biasa diberikan kepada syarikat Fashion Valet bermula Mac 2018,” kata Najwan melalui kenyataan kepada Malaysiakini.

Pengerusi Khazanah pada Mac 2018 ialah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu Najib Razak.



Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) secara bersama telah melabur RM47 juta dalam FashionValet.

Bagaimanapun, minggu lalu dua GLC itu menjual pegangan dalam syarikat itu pada 2023 susulan nilai sahamnya merosot hampir RM44 juta.

Kemudian, Akmal penyokong tegar Najib telah menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian FashionValet.

Pua, yang menggambarkan kerugian FashionValet sebagai risiko biasa dalam pelaburan modal teroka, turut menggelar Akmal sebagai 'pelawak' kerana meminta penubuhan RCI.



Dalam hantaran di Facebook hari ini, ketua Pemuda Umno itu membalas dengan menggelar Pua “bodoh.”

Sementara itu, Najwan - yang juga exco Belia, Sukan, dan Keusahawanan Selangor - berkata semua pihak mahukan ketelusan dalam hal ini dan tidak perlu ada perbuatan hina-menghina.

"Kita semua mahu ketelusan dan sewajarnya ditunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan terkait isu kerugian Fashion Valet yang melibatkan dana awam.

"Cuma saya fikir tak perlu terlalu sinikal hingga ke tahap meremeh dan menghina pihak lain dengan label bodoh dan sebagainya,” katanya.



Selepas kerugian FashionValet didedahkan, pengasas bersama, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar, mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan daripada syarikat itu.

Syarikat tersebut kini sedang disiasat oleh SPRM berhubung kerugian tersebut manakala Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah menjalankan siasatan dalaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 03:59 PM | Show all posts
Dalam hantaran di Facebook hari ini, ketua Pemuda Umno itu membalas dengan menggelar Pua “bodoh.”
__________________

itu aja lah tahap si kemal ni.  Haritu gaduh dgn si teresa panggil orang tu nyonya tua.  
Kemal kau tu tak lama lagi rupa gorilla tau, badan bagai di pam2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tin kosong mmg kuat bunyi..kan dah malu..kemain dok pumpang2..rupa2nya bosskau kaki sakau tu pon ada saham dlm kes FV ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 08:22 PM | Show all posts
boleh nampak kan tahap pemikiran ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempena musim pilihanraya POTUS ni belajar2 la dari American politicians cara bercakap dan menjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 08:43 PM | Show all posts
typical loser..  name calling.
Bila dah kalah dalam argument, mula lah panggil orang macam macam yg insulting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh cm budak kecik

Ko bodo

Ko tu gemok

Mak ko ijau!

Gong.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa Pengerusi Khazanah waktu jual saham FV pada harga murah? Yang beli siapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2024 11:43 AM | Show all posts

Najib Razak :


Individu yang menjadi pengerusi Khazanah Nasional pada Mac 2018 (iaitu sebulan sebelum dia henti pada PRU14) ketika ianya melabur RM27 juta dalam Fashion Valet juga adalah individu sama yang berjaya naikkan nilai aset bersih Khazanah Nasional hampir 4 kali ganda dalam tempoh 9 tahun dia jaga Khazanah dari RM32 bilion pada tahun 2008 ke RM116 bilion pada tahun 2017.

Tetapi siapa pula yang pantau pelaburan dalam Fashion Valet selepas keputusan melabur dibuat?

Ini adalah pelaburan jenis venture capital dan jenis pelaburan ini perlu dipantau selepas pelaburan dibuat.

Dan siapa pula yang jaga Khazanah sejak April 2018 dan banyak menjual aset-aset bernilai yang dibina masa Najib sehingga nilai aset bersih Khazanah jatuh RM31 bilion ke RM85 bilion pada tahun 2023 lepas?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051693 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list