CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34600|Reply: 0

[Sarawak] Projek tertangguh di Sarawak diutamakan

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode


Zahid mempengerusikan Sesi Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri di Kuching hari ini. -Gambar PENERANGAN

  • Terdapat 24 projek di bawah KKDW tertangguh dalam tempoh 2016 hingga 2022 melibatkan peruntukan RM1.4 bilion

Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Projek-projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang tertangguh antara tahun 2016 hingga 2022 di Sarawak akan diberi keutamaan untuk pelaksanaan segera.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat 24 projek tertangguh dalam tempoh tersebut melibatkan peruntukan RM1.4 bilion.

“Kami telah memutuskan bahawa projek-projek yang tertangguh ini harus diberi keutamaan untuk pelaksanaan segera dan beberapa aspek dari segi teknikal dan pelaksanaan telah kami pastikan agar makmal pengurusan dan penilaian dilakukan.

“Kita akan mulakan projek-projek yang tertangguh ini sebelum pelancaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kerana tidak ada projek baharu dilaksanakan jika projek lama tidak dijalankan atau tidak dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri di sini hari ini.

Taklimat tersebut turut dihadiri dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, mana-mana aspek yang harus diselesaikan oleh kerajaan negeri akan diselesaikan terutama dari segi pengambilan tanah.

Dari segi peruntukan pula katanya, jika siling peruntukan meningkat disebabkan kos pembinaan dan bahan binaan, ia akan dibawa ke mesyuarat yang akan diadakan dua minggu lagi di Kuala Lumpur.

Mengenai taklimat tersebut, ia diadakan untuk mendapatkan gambaran terkini prestasi pelaksanaan projek pembangunan KKDW oleh agensi pelaksana seperti projek Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Sebanyak empat agensi pelaksana program/projek pembangunan KKDW di Sarawak telah menyampaikan taklimat pada sesi tersebut iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dan Bahagian Teknikal, KKDW.

Untuk tahun 2024, sejumlah RM713,163,470  diperuntukkan di bawah pembangunan Rolling Plan 4 (RP4) RMK12 dengan 292 projek, 70 projek baharu dan 222 projek sambungan.

Manakala prestasi pelaksanaan projek sehingga 21 Oktober 2024 mencatatkan projek prapelaksanaan sebanyak 195 projek, projek dalam pelaksanaan 69 dan pascapelaksanaan sebanyak 26 projek.

KKDW turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Sarawak atas pengiktirafan JKR dan JPS Sarawak dan Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 182 selaras dengan hasrat dan semangat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMMA63).

KKDW berharap dengan penarafan ini, Jabatan-jabatan Teknik di Sarawak dapat terus menyelia projek prasarana khususnya projek KKDW di luar bandar dengan lebih berkesan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036754 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list