View: 68414|Reply: 0
|
[Tempatan]
Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Selasa Depan - MetMalaysia.Anda sedia?
[Copy link]
|
|
Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Selasa Depan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Musim Timur Laut (MTL) di negara ini akan bermula pada Selasa depan (5 November) dan berterusan sehingga Mac 2025.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd berkata, dalam tempoh MTL yang juga dikenali sebagai musim tengkujuh ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat turut dijangka akan berlaku.
“Semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook MetMalaysia.
Musim tengkujuh diramal bermula Selasa depan
Bagaimanapun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.
Tambah Mohd Hisham, hujan lebat untuk tempoh beberapa hari juga boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan renda dan berhampiran sungai.
“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko banjir boleh menjadi ekstrem.
“Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan,” katanya lagi.
Menjelang fasa akhir MTL iaitu Januari hingga Mac 2025 pula, kawasan utara Semenanjung dijangka akan mengalami kurang hujan.
Orang ramai dinasihat peka dengan perkembangan cuaca semasa
Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba.
“Namun begitu, keadaan diramalkan tidak seteruk seperti 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka akan bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan,” kata Mohd Hisham.
Oleh itu, beliau menasihat orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Maklumat perkembangan cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial MetMalaysia.
Orang ramai juga boleh menghubungi 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|