CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71494|Reply: 0

[Tempatan] Tindakan tegas menanti pemandu kereta asing guna plat Malaysia isi RON95

[Copy link]
Post time 1-11-2024 08:57 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... a-plat-malaysia-isi

JOHOR BAHRU: Tindakan tegas akan diambil ke atas kenderaan bernombor pendaftaran asing yang didapati menggunakan plat Malaysia bagi mengisi petrol bersubsidi RON95.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Azmil Zainal Adnan, berkata kenderaan asing yang memasang nombor plat Malaysia boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mengikut seksyen ini, mereka yang didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman termasuk denda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
Beliau mengulas hantaran tular di media sosial yang mendakwa pemandu kereta Singapura menukar nombor plat kenderaannya kepada plat Malaysia sebelum mengisi petrol RON95 bersubsidi untuk rakyat Malaysia.

Azmil Zainal berkata, undang-undang Malaysia mewajibkan semua kenderaan bermotor memaparkan nombor pendaftaran dengan jelas di hadapan dan belakang kenderaan seperti ditetapkan JPJ.
"Kami akan meneruskan pemantauan dan risikan untuk mengenal pasti dan bertindak ke atas salah laku ini.
"Pemandu kenderaan Singapura diingatkan untuk mematuhi peraturan. JPJ akan menegakkan pematuhan dan meningkatkan piawaian keselamatan jalan raya," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.384682 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list