View: 7896|Reply: 13
|
Membuka Pintu Belakang Dapur, Mencampak Tulang Nak Bagi Kucing Makan!
[Copy link]
|
|
Bila bercakap tentang kisah seram, mungkin ada antara kita yang pernah berhadapan dengan situasi diganggu oleh makhluk halus.
Kisah yang dikongsikan oleh @muiznazmii di TikTok, menceritakan pengalaman seram ‘diganggu’ sekitar jam 2 pagi.
Buang tulang nak bagi dekat kucing tapi..
Ceritanya, ketika itu isterinya sedang mengandung anak pertama jadi Muiz selalu berada di samping si isteri dan mereka kerap menonton filem seram di ruang tamu sehingga lewat malam.
Habis sahaja filem, isterinya pergi ke dapur untuk membasuh bekas makanan dan mengemas sebelum masuk tidur.
Kitorang ada makan dan ada tulang ayam.. waktu makan tu tengok movie, so takkan waktu tu kitorang pergi basuh pinggan semua.. jadi habiskan dulu movie semua.
Isteri aku pergi dapur nak cuci.. ada sisa tulang dan letak dekat tepi dulu. Dah siap cuci pinggan, dia nak buang tulang tu dekat belakang rumah.
Melihat perbuatan itu, Muiz berasa tidak sedap hati kerana sudah lewat malam, jadi dia telah menegur isterinya dengan nada kiasan.
Aku cakap macam ‘Esok pagilah baru buang’.. tapi isteri aku dia tak faham lepas tu dia buka pintu belakang dan campak tulang tu. Muka aku macam benganglah.
‘Pukul 2 pagi bagi makan tulang dekat belakang rumah. Betul ke kucing yang makan?’
Seram.. ada angin kuat berlalu..
Isteri Muiz yang pada awalnya berniat mahu memberi kucing di belakang rumah makan, terus berasa cuak.
Aku dengan isteri perasan tau, ada angin kuat berlalu dekat kitorang. Ingatkan aku sorang perasan, tapi isteri aku terus tengok aku sebab memang kuat. Memang tak cakap banyak, tutup pintu semua naik atas tidur.
Keesokan harinya, isteri Muiz meminta maaf atas perbuatannya malam tadi dan mengakui sebelum ini ada membuang sisa makanan pada waktu malam.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman seram mereka yang lebih kurang sama dengan cerita Muiz. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringat porumer kata kucing tak mengiau memalam. Dia sebok tido. Betul juga....Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Memalam as in 12 am ke atas ya. Bukan 8 pm masih boleh tengok kucing kau lompat2 main kejar2 keliling rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-8-2024 12:23 PM
Memalam as in 12 am ke atas ya. Bukan 8 pm masih boleh tengok kucing kau lompat2 main kejar2 kelilin ...
Ada yang shift malam. Pkul 2 am mula zoomy. Nak subuh dia tidur balik. |
|
|
|
|
|
|
|
simpan je lah niat nak bagi kucing makan tuh, apo takat nak bagi tulang elok la kena sergah ngan jin |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau manusia takut jin,jin takut tak ngan manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
nikola.tesla replied at 31-8-2024 09:20 AM
Kalau manusia takut jin,jin takut tak ngan manusia?
Kenapa jin boleh ganggu manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
Priv278 replied at 31-8-2024 03:01 PM
Kenapa jin boleh ganggu manusia?
Sebab jin boleh nampak manusia |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal tulang ni hehehe
ni citer kawan aku la. tahun 2015 dia dpt pergi kursus di sebuah pusat latihan di Sabah milik kerajaan. lama gak kursus tu dlm sebulan, dan kebetulan jugak time kursus tu ada cuti raya haji. tp die dan adalah beberapa kawan die decided taknak balik semenanjung, nak melancong jalan2 kat Sabah time cuti tu. pusat latihan tu dah inform diorg takkan sediakan makan so kawan aku dan member2 die pun sewa kereta la makan kat luar. nak dijadikan citer, ptg tu lepas balik jalan2 kt KK kawan aku beli ayam goreng uncle bob tu. niat dia esok nak buat sarapan makan kat hostel la.
so malam tu kawan aku tido la kat hostel, dalam bilik sorang-sorang...
esok pagi tu dia nak makan uncle bob tu, ayam goreng tu dah habis. tinggal serdak-serdak dan tulang je uols. sape yg makan padahal bilik tu berkunci kot huhuhu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nikola.tesla replied at 1-9-2024 07:43 PM
Sebab jin boleh nampak manusia
Aah betul juga |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by QueenIsolde at 18-9-2024 08:08 PM
Ni kisah benar yg jdi kt kwan iols masa study dulu..pasal sisa tulang dan makanan yg tak diuruskan ng baik. Hri tu gempar kt kwsan rumah sewa dorg pasal org minyak, biasanya depa buang sisa makanan sblum maghrib tp sebab hr tu kalut sgt dorg terlupa nk buang sisa tulang dan tak ikat plastik sampah tu kemas2.
Mlm tu tak tunggu lama, dalam kul 10 gitu dengar sayup2 pompuan nangis depan tingkap bilik blkang. Pastu ansur2 bertukar jadi suara ketawa2 halus lepas 'dia' realize sume org dh dgr. Dorg lari duk master bedroom kunci pintu bilik tu, boleh dgr benda tu selongkar plastik sampah kt dapur. Last2 dorg msg suh kawan2 laki azankan keliling rumah, baru benda tu hilang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|