View: 51166|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri
[Copy link]
|
|
Jempol: Hanya kerana berlaku perselisihan faham, seorang lelaki berusia 32 tahun nekad minum racun rumpai selepas menikam isterinya di sebuah rumah di Bahau pada kira-kira 10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata wanita berusia 30 tahun itu telah ditikam dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dengan pisau.
"Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada adik lelaki mangsa pada 9.30 pagi.
Beliau berkata polis kemudian menerima makluman daripada kakak suspek bahawa lelaki itu didapati minum racun rumpai di kebun durian di Jelebu pada 2.30 petang dan kini menerima rawatan di Hospital Jempol.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|