CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15117|Reply: 0

[Johor] 'Real Taib' dalang tipu kad ATM dipenjara 91 bulan, 6 sebatan

[Copy link]
Post time 9-7-2024 09:22 AM | Show all posts |Read mode

Samsir (tengah), Mohmad Safuan (kanan) dan Muhd Roslan dibawa keluar selepas pertuduhan di Mahkamah Majistret Muar. - Foto NSTP/Alias Abd Rani


MUAR: "Kamu sepatutnya fikir keluarga sebelum buat kesalahan, ambillah hukuman ini sebagai pengajaran," demikian teguran Majistret Fatin Dalilah Khalid terhadap seorang penganggur selepas menjatuhkan hukuman 91 bulan, enam sebatan serta denda RM5,500 hari ini.

Samsir Majid, 41, yang juga tertuduh pertama berhadapan sembilan pertuduhan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan melakukan khianat terhadap mesin ATM, menggunakan kad ATM milik orang ramai serta menyamar sebagai warga Indonesia menggunakan nama 'Real Taib'.

Daripada sembilan pertuduhan kenakan terhadapnya, empat daripadanya membabitkan Seksyen 403 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 (dua), Seksyen 177 (dua) dan Peratuan 25 (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, satu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh yang juga bapa kepada 10 anak didakwa menyalahgunakan harta milik empat individu sehingga menyebabkan kerugian antara RM2,750, RM7,780, RM7,500 dan RM33,750.

Keempat-empat kejadian ini berlaku di tiga bank di Jalan Abdullah dan Parit Jawa di sini, antara 16 Mac hingga 1 Jun lalu.

Seksyen 403 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, sebatan dan juga denda bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, dia didakwa melakukan khianat dengan merosakkan tempat memasukkan kad ATM milik Public Bank dan Bank Rakyat dengan cara memasukkan keratan getah tempat duduk motosikal, pada jam 8.15 dan 10.53 pagi, 29 April serta 1 Jun lalu.

Justeru, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi Seksyen 177 pula, dia didakwa memberi maklumat palsu dengan menggunakan nama 'Real Taib'.

Oleh itu, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan mengikut Peraturan 25 (n), dia didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri apabila diminta polis.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bersama dua rakan subahat, Mohmad Safuan Rahim, 31, dan Muhd Roslan Ibrahim, 43, menggunakan modus operandi dengan meletakkan keratan getah tempat duduk motosikal pada kad sebelum memasukkan ke dalam mesin ATM.

Ini menyebabkan slot itu tersangkut dan pengguna tidak dapat mengeluarkan duit. Tertuduh pertama akan menghampiri mangsa kononnya mahu membantunya namun pada masa sama akan menukar kad palsu dengan kad milik mangsa.

Apabila mangsa pulang ke ke rumah selepas gagal mengeluarkan wang, tertuduh akan mengambil kesempatan menggunakan kad untuk mengeluarkan simpanan mangsa.

Bagaimanapun, perbuatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup di bank terbabit dan tertuduh berjaya ditahan pada 15 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Norellywati Ibrahim manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian memutuskan semua hukuman penjara yang dikenakan terhadap tertuduh berjalan secara serentak.

Sementara itu, pertuduhan terhadap Mohmad Safuan dan Muhd Roslan akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan kedua-duanya mengaku bersalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054894 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list