CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13615|Reply: 0

[Johor] Cap ayam betul...ahli kongsi gelap curi mesin rumput

[Copy link]
Post time 9-7-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode


HUSSIN (tengah) menunjukkan kabel dan barangan yang dirampas hasil serbuan dalam Op Pintu di sebuah rumah Kampung Sungai Rinting, Masai. FOTO Omar Ahmad
Kota Tinggi: Polis menumpaskan geng curi kabel dan pecah rumah dengan penahanan lima individu, termasuk seorang yang dalam senarai dikehendaki, pada serbuan Op Pintu di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai, 4 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua suspek, termasuk seorang wanita, yang berumur 30 hingga 40-an melakukan jenayah itu bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Penahanan suspek membolehkan kami menyelesaikan lima kes pecah rumah dan curi kabel di sekitar daerah ini.

"Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau jenayah selain positif dadah dalam ujian saringan air kencing.

"Seorang daripada suspek bertatu pada lengan dan disyaki anggota kongsi gelap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerayh (IPD) Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kumpulan jenayah ini dipercayai sudah enam bulan aktif melakukan jenayah dan mensasarkan rumah kosong selain memecah masuk pada waktu malam.

Katanya, barangan yang dicuri kebanyakannya diletak di luar rumah seperti mesin rumput, kabel dan peralatan yang bernilai tinggi jika dijual semula.

"Jumlah keseluruhan kerugian ialah RM147,000. Kesemua suspek direman hingga hari ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.098939 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list