CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7650|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Broker saham dihukum gantung kerana bunuh ibu bapa angkat

[Copy link]
Post time 4-7-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang broker saham, Tan Kian Ngip, 45 selepas didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh pasangan ibu bapa angkat di Nilai, lima tahun lalu. - Foto NSTP/Ahmad Hasbi



SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang broker saham selepas didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh pasangan warga emas di Nilai, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh Tan Kian Ngip, 45, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Selepas saya melihat dan mendengar hujahan pemberat yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sahaja memandangkan tertuduh tidak ingin mengemukakan apa-apa rayuan atas hukuman.


"Saya dengan ini memutuskan tertuduh dijatuhkan hukuman mati dengan gantung pada tarikh serta tempat yang akan ditetapkan kelak," katanya pada prosiding keputusan, hari ini.

Mengikut pertuduhan yang bacakan secara berasingan, Tan didakwa membunuh Eng Chong Hwa, 67 (ketika kejadian) dan Tan Kim Joo, 73, dengan menikam menggunakan pisau.

Semua kesalahan itu dilakukan di Taman Desa Melati, Nilai antara jam 4 petang hingga jam 7.45 malam, 24 Julai 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Rohani beberapa kali bertanya kepada tertuduh sama ada mahu membuat rayuan sebelum hukuman diputuskan, namun lelaki itu tetap dengan pendirian tidak mahu membuat mitigasi rayuan.

Tertuduh dituduh pada Ogos 2019 sebelum perbicaraan berlangsung yang memanggil 40 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan untuk memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya Alauddin Baharom dalam hujahan pemberatan memberitahu mahkamah tiada hukuman lain yang sesuai terhadap tertuduh selain hukuman gantung.

Ini kerana katanya dengan mengambil kira kedua-dua mangsa dalam kejadian itu adalah ibu bapa angkat tertuduh yang menjaganya sejak kecil dan menganggapnya sebagai pembunuhan yang kejam dan dirancang.

Alauddin berkata, bedah siasat terhadap bapa angkat tertuduh mendapati mangsa mengalami 13 kecederaan dengan tujuh luka tikaman pada badan yang menembusi organ paru-paru dan jantung.

Tambahnya, Ng pula ditemui dengan 18 kesan kecederaan dan 11 daripadanya luka tikaman yang menembusi jantung, hati, buah pinggang, usus kecil dan usus besar.

"Kesalahan membunuh ini berlaku di rumah ibu dan bapa di Nilai, Negeri Sembilan yang mana tertuduh tidak tinggal sekali. Tertuduh tinggal di Kuala Lumpur.

"Tertuduh telah pinjam kereta bekas teman wanita iaitu empat hari sebelum kejadian pembunuhan. Terdapat beberapa kali rekod 'touch n go' keluar masuk tol Sungai Besi-Nilai.

"Tertuduh juga telah cuba memusnahkan bukti dengan cara cubaan membakar rumah terbabit, namun malangnya api yang cuba dihidupkan tidak berjaya memusnahkan bukti yang ada.

"Si mati dalam kes ini telah dibiarkan begitu sahaja sehinggalah ditemui pihak bomba," katanya.

Tertuduh diwakili Peguam S Dynasri manakala Peguam Wong Wei Fan dan Syed Ismit dan Putra Syed Mohd Fuad sebagai peguam pemerhati keluarga.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037205 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list