CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2893|Reply: 0

[Sarawak] Kes salah guna dadah di Sarawak meningkat, belia paling terkesan

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:25 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah menandatangani sepanduk Hotline Tele-Helo AADK sebagai simbolik perasmian Peringatan Hari Anti Dadah Peringkat Negeri Sarawak, pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kes penyalahgunaan dadah di Sarawak menunjukkan peningkatan ketara daripada 2,433 kes bagi tempoh Januari hingga Mei 2023 kepada kepada 3,422 kes bagi tempoh sama tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, statistik itu diperolehi daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Daripada jumlah itu, 77.7 peratus membabitkan golongan belia yang berumur antara 20 dan 39 tahun dan ini menunjukkan golongan belia merupakan kumpulan yang paling terkesan dengan masalah ini.

"Kita tidak boleh membiarkan belia kita terjerumus dalam kancah yang merosakkan ini kerana mereka adalah tonggak masa depan negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Peringatan Hari Anti Dadah Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Jeti Pangkalan Kampung Lintang di sini, pada Jumaat.

Bimbang akan situasi ini, Fatimah menekankan pentingnya tindakan kolektif dan segera bagi mengurangkan isu itu.

"Kita tidak mampu untuk kekal pasif, sebaliknya kita mesti mengambil langkah proakif dan agresif untuk menangani isu serius ini," tegasnya.

Fatimah turut menekan kepentingan mendesak untuk mengukuhkan usaha dalam mencegah penyalahgunaan dadah dan membantu pemulihan sebagai tindak balas kepada cabaran penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat dalam masyarakat.

"Kita perlu berganding bagu untuk memastikan isu-isu berkaitan penyalahgunaan dadah di Sarawak dapat dikurangkan seterusnya Sarawak dapat mencapai  status Dadah Terkawal menjelang 2025," katanya.

Fatimah turut menekankan tiga fokus utama untuk memerangi dadah dan penyalahgunaan bahan di Sarawak.

Pertama, kesedaran tentang bahawa dadah dalam kalangan masyarakat, kedua menggalakkan golongan muda menjadi proaktif dan inovatif dalam pelbagai bidang dan ketiga, melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah pada masa lapang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK Malaysia Shobah Jamil, Pengarah AADK Sarawak Abdul Hamediee Ibrahim serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.320289 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list