View: 5591|Reply: 1
|
[Kelantan]
Lagi bot tempatan upah kru warga asing ditahan
[Copy link]
|
|
Lima kru termasuk tekong warganegara Thailand yang ditahan ketika menggunakan bot tempatan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan kira-kira 37 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh. FOTO Ihsan APMM
Pasir Puteh: Taktik licik mengupah kru warga asing menggunakan bot tempatan dijadikan modus operandi untuk mengaut hasil laut negara.
Tindakan itu terbongkar apabila bot tempatan ditahan bersama lima kru termasuk tekong disyaki warga Thailand kira-kira 1.40 tengah hari semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, bot berkenaan ditahan pada jarak 37 batu nautika dari muara Tok Bali, di sini.
Menurutnya, pihaknya mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan ketika sedang melakukan Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris di perairan Tok Bali.
"Kesemua kru termasuk tekong berusia 36 hingga 55 tahun ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tok Bali untuk siasatan lanjut.
"Salah seorang kru didapati tiada dokumen pengenalan yang sah," katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... warga-asing-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|