CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9368|Reply: 1

[Johor] 4 gajah mati akibat kegagalan pernafasan, organ

[Copy link]
Post time 9-6-2024 12:37 PM | Show all posts |Read mode

LING Tian Soon dan Fazlimengutip sampah di tepi sungai pada Program Johor Bersih di Sungai Skudai. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Iskandar Puteri: Ibu gajah dan tiga anak jantannya yang ditemukan mati di Kahang Timur, Kluang, awal bulan lalu, disahkan mengalami kegagalan pernafasan serta organ selain pendarahan dalaman.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan empat gajah berkenaan diracun berdasarkan penemuan awal punca kematian selain keadaan bangkai haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri Johor masih menunggu laporan ujian makmal dan toksikologi sampel daripada empat gajah berkenaan sebelum mengambil langkah susulan.

"Berdasarkan dapatan awal, punca kematian empat gajah berkenaan disebabkan kegagalan pernafasan serta organ selain pendarahan dalaman.


"Bangkai ibu gajah dan tiga anak jantannya itu berada pada jarak 50 meter antara satu sama lain.

"Namun penyebab mengapa empat gajah itu mengalami kegagalan pernafasan serta organ selain pendarahan dalaman memerlukan keputusan ujian makmal seperti ujian bakterialogi dan mirologi," katanya.

Pada 1 Jun lalu, seekor ibu gajah dan tiga anak jantannya, disahkan mati dalam kejadian penemuan bangkai gajah yang dipercayai diracun, di Kampung Sri Timor, Kahang, Kluang.

Tian Soon dilaporkan berkata, ia susulan hasil bedah siasat awal terhadap empat gajah yang ditemukan mati di sebuah kebun di kawasan itu.

Sebelum itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dilaporkan akan melakukan bedah siasat terhadap bangkai empat gajah yang dipercayai mati diracun,

Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Amin dilaporkan berkata, ia bagi menyiasat punca kematian empat gajah berkenaan.

Pada 3 Jun lalu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, habitat utama empat ekor gajah yang ditemukan mati itu dikelilingi kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk.

Nik Nazmi berkata, laporan awal mengenal pasti, bangkai seekor gajah betina dan tiga ekor gajah jantan yang ditemukan itu, adalah dari kumpulan Bandar Tenggara di Hutan Simpan Lenggor, Hutan Simpan Kluang dan Kluang Tambahan, Hutan Simpan Labir, Hutan Simpan Sembrong di Johor dan Taman Negara Endau Rompin, Pahang.

Dalam pada itu, Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng berkata, bedah siasat terhadap bangkai empat gajah itu sudah dijalankan pakar veterinar sehari selepas bangkai haiwan berkenaan ditemui.

"Sebaik sahaja bedah siasat selesai dijalankan pakar veterinar, bangkai gajah berkenaan ditanam di kawasan terbabit.

"Jika terbukti kematian gajah berkenaan disebabkan ia diracun dan ada bukti kukuh, maka tindakan undang-undang akan diambil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-pernafasan-organ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.362719 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list