|
SEBUAH PPS di Dewan Kampung Melayu Pandan dibuka menempatkan 11 mangsa akibat kebakaran di Jalan Imam kampung terbabit semalam. FOTO ihsan APM
Johor Bahru: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, semalam susulan kebakaran yang berlaku di Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, PPS itu dibuka pada 4 petang di Dewan Kampung Melayu Pandan.
"Ia menempatkan 11 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Sufian Md Lis berkata, pihaknya menerima kebakaran enam rumah di kampung itu pada 10.13 pagi.
Katanya, ketika pasukan tiba, rumah terbakar 90 peratus dan turut menjejaskan kedai runcit berdekatan.
"Operasi pemadaman menggunakan pam air dan pancutan daripada jentera segera dilakukan. Kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa.
"Seramai 33 anggota daripada empat balai terbabit operasi iaitu BBP Johor Jaya, BBP Tebrau, BBP Larkin dan BBS Mount Austin," katanya.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada 1.40 tengah hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... luarga-hilang-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|