|
SEORANG penjaga rumah ibadat antara warga asing ditahan tengah malam tadi oleh Jabatan Imigresen Negeri Johor. FOTO JIM Negeri Johor
Johor Bahru: Seramai 26 warga asing, termasuk seorang penjaga rumah ibadat, ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, tengah malam tadi.
Pemangku JIM Johor Mohd Faizal Shamsudin berkata, pihaknya menyerbu tujuh premis pada Ops Sapu dan Ops Selera di Taman Setia Indah, di sini, jam 12.01 tengah malam, hasil maklumat awam serta risikan.
"Seramai 26 individu ditahan malah pemeriksaan mendapati, sebuah rumah kedai dijadikan rumah ibadat untuk warga asing di kawasan itu.
"Malah, sebuah restoran diusahakan warga asing turut ada di lokasi berkenaan. Ia beroperasi secara haram," katanya.
Individu ditahan membabitkan 16 lelaki dan seorang perempuan warga Myanmar, tujuh lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga India dan seorang perempuan warga Thailand masing-masing berusia 22 hingga 47 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit sah untuk berada ke Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.
Seorang warga Myanmar mengaku penjaga rumah ibadat ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-taman-setia-indah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|