View: 5456|Reply: 7
|
Tolong fahamkan saya isu saka keturunan
[Copy link]
|
|
KEMUSYKILAN PERTAMA
Baru-baru ini saya diberitahu ibu saya ada saka. Katanya saka keturunan dari sebelah nenek saya. Nenek saya masih hidup, btw. So saya tak tahu macam mana saka tu dah boleh melekat pada ibu saya dalam keadaan nenek saya masih hidup.
KEMUSYKILAN KEDUA
Yang kedua, saya diberitahu saka itu datang kepada ibu saya kerana ibu saya anak perempuan sulung.
Untuk pengetahuan, nenek saya berkahwin 2 kali. Perkahwinan pertamanya, dia mendapat seorang anak saja, perempuan iaitu Mak Long saya. Perkahwinan keduanya, dia mendapat 4 orang anak yang mana ibu saya adalah anak sulung. Jadi kalau dilihat di sini, sepatutnya Mak Long sayalah yang dapat saka itu kerana dia anak perempuan pertama yang dilahirkan oleh nenek saya a.k.a anak perempuan sulung.
Selepas saya bangkitkan soalan ini, saya diberitahu pula yang saka itu memilih anak perempuan sulung yang seibu dan sebapa, yakni dia memaksudkan ibu saya. TETAPI saya masih tidak faham. Apa relevannya "sebapa" dalam hubungan ini? Kerana mengikut fahaman saya, saka itu daripada sebelah nenek saya, bukan daripada sebelah datuk. Jadi, siapa suami nenek saya tidak penting. Maka hubungan "sebapa" ini juga menjadi tidak penting.
Jika saka itu memilih anak perempuan sulung, maka mengikut logik saya, saka itu "sepatutnya" turun kepada Mak Long saya kerana dia yang anak perempuan pertama yang nenek saya lahirkan.
Jadi, ada tak sesiapa yang boleh fahamkan saya? Mungkin saya agak stupid utk memahami logik bomoh ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pertama sekali kena dipastikan secara tepat benarkah terdapat saka yang dikatakan tu atau makhluk menumpang yang mengaku sebagai saka
Kemusykilan pertama
jika benar ianya saka boleh saja bagi saka untuk pergi menumpang pada badan yang lain. kaedah dia seperti rumah singgahan. induk atau rumah utama masih di badan yang asal. maknanya jika saka tu dibuang daripada tubuh badan kita saka tu akan pergi balik ke badan induk jika induk masih ada. jika dibuang secara kaedah perangkap insyaallah tak akan kembali ke badan yang lain
kemusykilan kedua
jika benar ianya saka, dia akan mencari waris yang ada tanda seakan akan induk dia yang lama. kadang kadang berdasarkan rupa, perwatakan, aura badan dan sebagainya lagi. tidak semestinya saka akan turun kepada anak sulong atau anak tertentu melainkan terdapat perjanjian khusus yang dibuat untuk wariskan hanya kepada anak sulong atau sebagainya
jadi kesimpulan kena pastikan dulu bahawa benar benar saka atau tidak. kadang kadang cuma makhluk yang menumpang atau sihir yang mengaku sebagai saka. yang ni perlukan perawat untuk pastikan secara tepat insyaallah baru mudah urusan seterusnya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas jawapan. Selepas membaca jawapan ini, nampaknya seperti bomoh itu berbohong. Saya juga masih tidak faham logik "sebapa" yang dimaksudkan. Malah bomoh itu juga tak pernah datang melihat ibu saya, mungkin sekadar bacaan dari jauh. Saya memang percaya pada makhluk halus tapi saya masih seorang yang skeptik, saya tidak mudah percaya setiap masalah kesihatan orang tua harus ada kaitan dengan saka.
|
|
|
|
|
|
|
|
seeloknya jumpa perawat secara berdepan baru lebih mudah nak kenalpasti punca penyakit. sama juga kaedah di hospital. diagnosis penyakit yang berat bukan sekali diagnosed dah dapat secara tepat |
|
|
|
|
|
|
|
lagendahidup replied at 29-5-2024 08:55 AM
pertama sekali kena dipastikan secara tepat benarkah terdapat saka yang dikatakan tu atau makhluk me ...
Sy nk tny.. Adik pompuan sy sllu sakit2 bdn.. Ank dia sorang pun ada masaalah degil x nk sekolah.. Wpun da buat mcm2.. Dia pergi berubat dgn sorang bomoh.. Bomoh ni ckp ada bende menyinggah kat nk dia tu psl dia jd degil x nk sek n buat perangai padahal kt umah elok je.. Bende tu pun kacau adik pompuan sy sbb bdn dia lemah n dia sllu naik angin.. Td dia baru g jumpe uztaz darul syifa.. Ustaz tu ckp dia kn tempias dr saka yg ada kt sy.. Sblm ni ustaz yg sama jg ckp saka keturunan ada kt sy.. Tp sy x rase apa2 pun.. Ustaz tu ckp mmg sy x rase sbb tempias nya smua kt adik sy.. Sampai family dia pun kn.. Sy mcm x percaya.. Betul ke.. Adik sy suh sy berubat.. Tp nk berubat apa.. Sbb sy x de rase apa pun.. Wpun ada nk sy wat perangai bg sy biasa je la bdk2.. Bkn teruk mn pun.. Skang pun da OK.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya anak tak nak pergi sekolah boleh jadi banyak faktor. Faktor gangguan tu selalunya faktor terakhir yang kita nak kena fikirkan. Budak zaman sekarang lebih banyak terdedah kepada gajet yang buat minat nak ke sekolah semakin kurang. kena tengok faktor faktor lain dulu.
Berkaitan sama ada di badan ada saka atau tak yang tu kena mintak perawat check. tapi kalau kehidupan kita tak ada masalah tak perlu nak difikirkan sangat bab tu. lebih baik fokus pada benda lain yang lebih utama dalam kehidupan kita
|
|
|
|
|
|
|
|
nadeaosmand replied at 29-5-2024 02:26 PM
Terima kasih atas jawapan. Selepas membaca jawapan ini, nampaknya seperti bomoh itu berbohong. Say ...
Nak tahu saka atau tak, kena cari orang pandai yang boleh berhubung terus dengan saka tu di tapak yang kamu alami gangguan tu.
Dari situ boleh tahu asal usul dan perjanjian dia.
Saka tak boleh pakai scan...atau lihat dari jauh.
Kena melalui Perbicaraan untuk Agreement yang dah dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pasal anak tak sekolah ni..anak perempuan saya juga buat perangai..dari sekolah swasta tukar sekolah kerajaan sejak darjah satu taknak kek sekolah, saya hantar juga dia mengamuk..siap tendang2 meja dalam kelas..hari2 lain dia taknak bangun bila kejutkan so saya sebagai bapa runsing juga..mintak air tawar dengan orang2 pandai tapi sama je. So saya biar je lah...lama kelamaan..masa darja 5 dia slow slow pergi walaupun seminggu 2-3 hari je gi sekolah....dan selepas kematian adik dia yang masa umur 5 tahun, dia rajin terus bersekolah ..masuk je darjah 6 alhamdulillah dia bersekolah penuh. dan skrg dah msuk kolej pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|