View: 2607|Reply: 0
|
[Johor]
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
[Copy link]
|
|
Anggota bomba melakukan operasi menyelamatkan mangsa terperangkap banjir kilat di Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur, semalam. FOTO ihsan BOMBA
Kota Tinggi: Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga, setakat 8 pagi ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa yang terjejas adalah penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
"PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang itu dibuka susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam, semalam," menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat ini, paras air di lima sungai utama di daerah ini masih berada pada tahap normal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora dalam satu kenyataan berasingan mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran terutama di kawasan yang dinaiki air.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggi-kekal-300-orang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|