CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4339|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Ada makhluk menyerupai rakan, panggil ke padang sekolah' - Mangsa serangan histeria

[Copy link]
Post time 24-4-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (dua dari kanan) ketika melawat asrama SMK Batu Kikir susulan pelajar diserang histeria. Foto ihsan Parlimen Jempol

Jempol: Ada makhluk menyerupai rakan dan memanggil supaya ke padang sekolah didakwa menjadi punca serangan histeria dalam kejadian di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas), di sini, Sabtu lalu.

Kejadian itu diceritakan pelajar yang tinggal di asrama sekolah terbabit kepada ahli keluarganya.

Ibu kepada pelajar yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak mengingati kejadian sebenar namun ketika dalam keadaan separuh sedar, dia melihat makhluk menyerupai rakan yang memanggil pergi ke padang sekolah.

"Pada mulanya rakan seasrama menjerit dan tidak lama kemudian berjangkit kepada orang lain termasuk anak saya sebelum masing-masing menangis dan ada yang tiba-tiba muntah tetapi tidaklah sampai melompat-lompat.


"Mujur ada rakan sempat menahannya daripada keluar ke padang dan keadaan bagaimanapun agak terkawal dengan bantuan ustaz dan guru, malah ada juga pengamal perubatan datang membantu, namun bagi mengelakkan kejadian lebih teruk, anak-anak dibenarkan pulang," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 165 pelajar asrama sekolah berkenaan dibenarkan pulang selama seminggu berikutan berlaku kejadian histeria sejak Sabtu lalu.

Sekolah berkenaan tidak ditutup dan pembelajaran di sekolah adalah seperti biasa.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin yang dihubungi hari ini berkata, asrama sekolah berkenaan sudah kembali beroperasi seperti biasa dengan ada ibu bapa menghantar anak mereka pulang ke asrama.

"Keadaan sudah kembali normal dan stabil, aktiviti di asrama berjalan seperti biasa ketika ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lah-mangsa-serangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049994 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list