|
Jenazah selesai disolatkan di Surau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Negeri Sembilan malam tadi. Ihsan APM
Seremban: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang meninggal dunia semalam selepas koma sejak sejak 9 Mac lalu ketika menjalani latihan di Port Dickson.
Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, Allahyarham Muhammad Afiq Ammar, 25, sebelum itu dimasukan ke Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJS).
"Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan di HTJS dan kami menguruskan jenazahnya untuk di bawa balik ke kampung halaman arwah di Pulau Pinang," katanya.
Difahamkan Allahyarham terlibat sebagai calon pemilihan anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan jenazahnya akan di bawa ke Masjid Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang malam tadi.
Sebelum itu, jenazah disolatkan di Surau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Negeri Sembilan sebelum di bawa ke destinasi di Pulau Pinang dengan van jenazah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elepas-koma-44-hari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|