CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5270|Reply: 0

[Kelantan] Bapa harap dapat jumpa Umi Azlim sebelum nafas terakhir

[Copy link]
Post time 22-4-2024 06:44 AM | Show all posts |Read mode
Bapa harap dapat jumpa Umi Azlim sebelum nafas terakhir

21 April 2024 10:46pm








Ketika ditahan, Umi Azlim berumur 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Sains Biologi di Universiti Malaysia Sabah. Foto fail Bernama




PASIR PUTEH - Bapa Umi Azlim hari ini menzahirkan harapan untuk berjumpa dengan anak perempuannya, Umi Azlim yang sedang menjalani hukuman penjara di Guangzhou, China sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Umi Azlim, 40, yang ditahan pada 2007 dan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan mengedar dua kilogram heroin, bakal dibebaskan pada 2030 selepas hukumannya diringankan dan diganti dengan penjara seumur hidup.



Lazim Jusoh, 67, berkata, pada 2022, Umi Azlim memaklumkan bakal dibebaskan pada 2030 pada kali terakhir dia berhubung dengan emak saudaranya, Noraini Jusoh, 55, yang menetap di Johor.

"Sekiranya dibebaskan kelak, usianya sudah 46 tahun dan saya ketika itu jika umur panjang akan berusia 73 tahun.



"Walaupun telah lama tidak berhubung dengan dia namun saya tidak melupakannya. Setiap saat saya mengenangkan nasibnya di China,” kata warga emas itu kepada pemberita di rumahnya di Taman Desa Anda di sini pada Ahad.

Lazim, yang menghidap penyakit kencing manis, berkata, dia tidak lagi berupaya melakukan kerja-kerja berat.

Ketika ditahan, Umi Azlim berumur 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Sains Biologi di Universiti Malaysia Sabah. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list