CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8252|Reply: 0

[Kelantan] Suka pakaian putih petanda akan pergi selamanya

[Copy link]
Post time 20-4-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode

SITI Fairuz menunjukkan gambar anak sulungnya, Muhammad Fahmi Adlan (berbaju hitam) yang ditemukan lemas di Sungai Mata Ayer. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Machang: "Arwah hanya membeli pakaian putih tetapi tidak pernah memakainya sebaliknya tersimpan rapi di dalam almari.

"Selepas kejadian petang semalam, barulah saya teringat mengapa arwah suka sangat membeli pakaian putih dan tidak menyangka pilihan warna itu sebagai petanda dia mahu pergi buat selama-lamanya," kata Siti Fairuz Aziz.

Anak sulungnya, Muhammad Fahmi Adlan Mohd Fauzul Azli, 17, yang juga pelajar pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad ditemukan lemas petang semalam ketika bermain bersama rakannya di Sungai Mata Ayer.

"Arwah seolah-olah sudah memberi bayangan dia akan meninggal dunia antaranya dengan menyatakan keinginan untuk membeli baju berwarna putih, namun saya tidak berfikir ke arah kematian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mulong, Pulai Chondong, di sini, hari ini.


Menceritakan kembali kejadian menimpa arwah anaknya, Siti Fairuz berkata, sebelum kejadian Muhammad Fahmi Adlan keluar dari rumah jam 10.30 pagi semalam dengan menunggang motosikal dan arwah tidak memberitahu ke mana dia hendak pergi.

"Sehinggalah pada 1.15 petang semalam, salah seorang rakannya menghubungi saya dan memberitahu arwah anak saya lemas dan kami sekeluarga bergegas ke lokasi kejadian yang terletak lebih lima kilometer dari rumah.

"Setibanya di lokasi kejadian, penduduk kampung cuba membawa naik arwah yang tenggelam ke dasar sungai dengan menggunakan sauh seorang pemilik bot sebelum anggota bomba tiba," katanya.

Katanya, malam sebelum kejadian, arwah anaknya itu secara tiba-tiba berubah menjadi pendiam selain dalam keadaan gelisah seperti tidak tahu untuk meluahkan apa yang dirasakannya pada ketika itu.

"Kami sekeluarga perasan dengan perubahan sikap arwah, namun tidak menyangka ia petanda arwah akan meninggalkan mereka selamanya," katanya.

Jenazah Muhammad Fahmi Adlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-pergi-selamanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list