CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5405|Reply: 0

[Sarawak] Tolak fahaman, ideologi ekstrem menular dalam media sosial

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode


(Depan, dari kiri), Dayang Morliah, Awang Tengah, Mahmud, Yunus, Henry, Ladin, Awangku Jinal (dua kanan) bersama tetamu dan peserta zikir marhaban bergambar bersama.

LIMBANG: Masyarakat perlu terus menolak fahaman dan ideologi ekstrem yang menular dalam media sosial kerana ianya boleh mencetuskan keadaan huru hara dan perpecahan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata fahaman dan ideologi ekstrem ini perlu ditolak kerana ianya jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

“Kita tidak mahu masyarakat kita terpengaruh dengan pelbagai perkembangan tidak sihat yang banyak dibawa dalam media sosial.

“Kita perlu berusaha untuk menolak perkembangan tidak sihat ini kerana akan menyebabkan masyarakat terpengaruh, selain boleh menjejaskan keimanan masyarakat, kerana ia boleh mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan keluarga dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Persembahan Zikir Marhaban Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin Kampung Dato Kuala Lawas, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa, Bendahari LAKIL Mahmud Amit dan tetamu lain.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan itu berkata agama Islam mengajar umatnya kepada kedamaian.

“Agama Islam mengajar berlaku adil, dan tidak ada ajaran agama yang mengajar kita untuk berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri yang akhirnya akan menjejaskan agama kita itu sendiri,” ujarnya.

Awang Tengah berkata lagi, pelbagai kemudahan disediakan kerajaan khususnya kepada institut agama untuk melaksanakan program keagamaan yang membawa kepada semangat bersatu padu dan mengukuhkan ukhwah.

“Saya amat bangga walaupun banyak kekurangan di Masjid Kampung Dato Kuala Lawas, namun masjid itu mampu menganjurkan pelbagai program keagamaan.

“Malah, program keagamaan ini bukan saja disertai dalam kalangan penduduk setempat malah melibatkan peserta dari Brunei, Sabah melibatkan aktiviti seperti pertandingan zikir, hadrah dan pelbagai aktiviti keagamaan lain,” ujarnya.

Pada program itu, hampir 100 penzikir LAKIL Limbang melibatkan sembilan buah kampung Islam di Limbang menyertai program itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050366 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list