CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14887|Reply: 0

[Sarawak] Mewajibkan alat pemadam api di rumah baharu masih dalam perbincangan

[Copy link]
Post time 5-2-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode


Tiang (tengah) bersama kenamaan lain semasa menghadiri Pogram Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu, hari ini.

SIBU: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dalam perbincangan mengenai penggunaan alat pemadam api yang diwajibkan di bawah Ordinan Bangunan Sarawak 1994 ke atas rumah baharu di negeri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Michael Tiang berkata, perkara ini perlu dilihat dengan teliti sebelum dilaksanakan.

"Kementerian masih dalam perbincangan mengenai perkara ini kerana kami perlu bekerjasama dengan JBPM bagaimana untuk menguatkuasakan perkara ini.

"Sama ada kita boleh pastikan kerana apabila anda mempunyai undang-undang yang sangat baik, dengan niat yang baik tetapi yang paling penting mesti mempunyai penguatkuasaan yang sangat berkesan.

"Dan juga, penguatkuasaan bukanlah penyelesaian untuk semua jenis cabaran yang kita hadapi dalam masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Pogram Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian Sibu Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Stesen Petronas Lanang Barat di sini, hari ini.

Menurut Tiang, pendidikan kesedaran seperti kempen tersebut adalah cara terbaik untuk memupuk kesedaran masyarakat.

"Keselamatan seperti kebakaran, keselamatan kebakaran, keselamatan penggunaan jalan raya, keselamatan jalan raya, saya fikir ia bermula dari sini (iaitu) program kesedaran pendidikan.

"Jadi kita perlu mengatakan bahawa perbincangan itu mungkin tidak termasuk dalam pembentangan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," jelasnya yang juga ADUN Pelawan.

Beliau berkata pihaknya masih dalam perbincangan sama ada untuk memasukkannya dalam pembentangan.

"Sama ada selepas dimasukkan ke dalam undang-undang baharu itu, sama ada kita boleh kuatkuasakan atau tidak, sama ada jabatan yang berkenaan khususnya JBPM, adakah mereka mempunyai mekanisme yang baik, kuasa utama untuk memastikan undang-undang ini dipatuhi oleh orang awam.

"Jadi kementerian sedang mengkaji perkara ini dengan JBPM.

"Sebab itu saya katakan tidak ada gunanya kita mengkaji cara memasukkannya ke dalam undang-undang.

"Kita mesti melihat realiti, praktikal, melihat bagaimana kita boleh menguatkuasakan undang-undang," tambahnya.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Selamat Jati Yanjah, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili, Pemangku Residen Bahagian Sibu Christopher Ranggau Unting dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039966 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list