CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8144|Reply: 0

[Sarawak] Lima tan sampah dikutip menerusi program Pembersihan di Pusat Penjaja Maong Tengah

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode


Hilmy bersama sukarelawan ASEZ WAO Cawangan Kuching dan DBKU bergambar pada program Pembersihan di Pusat Penjaja Maong Tengah semalam.

KUCHING: Sebanyak lima tan sampah berjaya dikutip menerusi program Pembersihan di Pusat Penjaja Maong Tengah, kata Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman.

Beliau berkata, program itu merupakan kerjasama strategik DBKU bersama Kumpulan Sukarelawan Pekerja Belia Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan (ASEZ WAO) Cawangan Kuching.

Menurutnya, ia dianjurkan sebagai inisiatif untuk menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran khususnya daripada aspek kesihatan orang awam.

“Syukur alhamudulillah program satu hari ini berjalan lancar di mana kesemua sampah sekitar kawasan Pusat Penjaja Maong Tengah berjaya dibersihkan oleh seramai 40 sukarelawan termasuk lima daripadanya adalah dari Korea Selatan.

“Apatah lagi progran ini merupakan salah satu daripada usaha kita untuk menguruskan sisa dengan baik demi menjamin kesejahteraan dan kebersihan alam,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program pembersihan di Pusat Penjaja Maong Tengah di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-sewenangnya membuang sampah secara haram.

“Janganlah kita melakukan perkara yang tidak baik ini kerana tindakan membuang sampah secara haram atau merata-rata tempat boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif,” katanya.

Salah satu kesan negatif tersebut kata Hilmy, ia boleh menyebabkan parit tersumbat sehingga berlaku banjir kilat.

“Ini kerana menerusi tinjauan, kita dapati terdapat tayar lama bersaiz besar di buang di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan parit tersumbat.

“Justeru, saya menggesa orang ramai untuk mengikis tabiat buruk ini dengan memainkan peranan membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan telah disediakan,” ujarnya.

Hadir sama Pengurus ASEZ WAO Cawangan Kuching Daniel Leem Jalang, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU Rudzaimer Malek serta wakil yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044088 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list