View: 16719|Reply: 0
|
'Ini tugas cukup berat bagi saya'
[Copy link]
|
|
JENERAL Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan
PERANAN Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menjadi benteng hadapan pertahanan bukan sekadar mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Ia juga tidak terhad kepada memperkukuhkan kesiapsiagaan pertahanan negara, sebaliknya turut melaksanakan tanggungjawab dalam membantu kerajaan membina keupayaan pembangunan negara.
Kafe Ahad minggu ini menemubual Panglima Tentera Darat Ke-30, JENERAL DATUK MUHAMMAD HAFIZUDDEAIN JANTAN bagi mengulas mengenai perancangan, aset dan pandangan bersama wartawan HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR, juruvideo, SAIFUL ISKANDAR ISMAIL dan jurugambar, ASYRAF HAMZAH.
Pertama sekali, tahniah di atas pelantikan sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-30. Selepas mengambil alih jawatan ini, apakah penekanan atau hala tuju yang ingin Datuk laksanakan seterusnya?
Ini satu tanggungjawab yang cukup berat bagi saya untuk memenuhi aspirasi rakyat dan negara untuk membawa tentera darat ke peringkat yang lebih tinggi. Tumpuan saya adalah untuk menyokong dan mendokong aspirasi Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke arah membentuk angkatan masa hadapan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kita kini dalam rangka untuk untuk apakah strategi ataupun tindakan untuk membangunkan keupayaan Tentera Darat (TD) supaya boleh memenuhi aspirasi konsep peperangan pelbagai domain yang diaspirasikan dalam kita punya angkatan masa hadapan.
Dalam Perintah Ulung Datuk baru-baru ini menekankan tiga aspek penting iaitu Man, Machine dan Method. Bagaimana Datuk melihat kenapa kurangnya kaum bukan Bumiputera menyertai ATM?
Melalui perintah ulung saya yang dikeluarkan baru-baru ini, saya menggariskan tiga objektif utama iaitu dari segi kesiagaan atau kesiapsiagaan, kemampuan organisasi dan sahsiah kepahlawanan dan ketiga-tiga objektif ini kita akan capai melalui penumpuan sinergi tiga iaitu Man, Mechine dan Method (Manusia, Mesin dan Kaedah). Saya meletakkan lima teras utama yang saya akronimkan sebagai SIAGA iaitu sumber manusia yang cakna atos kepahlawanan; Inovasi kekurangan bersama, agenda pengukuhan keupayaan; gagasan tentera dan rakyat dan anjakan diplomasi pertahanan. Saya yakin dengan strategi yang kita garap ini kita mampu memperkukuhkan kita akan mampu mendukung ATM ke arah membentuk angkatan masa hadapan.
Peratusan penyertaan kaum lain di Malaysia adalah pada tahap cukup minimum, bagi bangsa India hanya 1.1 peratus; Cina 0.3 peratus; Melayu 82.3 peratus; Bumiputera Sabah dan Sarawak 15.2 peratus dan kaum asli 1.1 peratus. Jadi sangat minimum kaum lain yang berada dalam perkhidmatan. Secara berterusan pihak kementerian dan ATM sentiasa berusaha menambah baik skim perkhidmatan dari semasa ke semasa, kita juga berusaha memohon supaya kerajaan pertimbangkan penggubalan menaik taraf gred supaya menjamin pulangan yang menarik.
Dari aspek Machine bagi memperkukuhkan keupayaan dan daya tempur Tentera Darat untuk menghadapi ancaman semasa, apakah keutamaan Datuk dalam rancangan perolehan peralatan dan aset Tentera Darat ketika ini?
Tentera Darat sudah ditubuhkan 90 tahun, jadi sejak penubuhan sehingga sekarang kita telah melalui pelbagai peringkat berdasar kepada ancaman yang kita hadapi daripada zaman peperangan dunia kedua kemudian kita masuk ke era darurat pertama dan kedua serta era perang dingin sehinggalah keadaan sekarang. Ancaman yang kita hadapi sekarang ini selain daripada ancaman tradisional, kita juga terpaksa menghadapi ancaman bukan tradisional, di mana kita melaksanakan operasi di persempadanan negara bagi mencegah aktiviti jenayah rentas sempadan, penyeludupan barangan dan manusia serta barang-barang terlarang.
Berhubung isu keusangan aset yang dihadapi oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat Malaysia khususnya, adakah aset berkenaan masih efektif digunakan dan bagaimana Datuk melihat isu ini?
Apa yang kita buat aset usang ini, kita akan merancang supaya dibuat life extension programme atau program modenisasi kepada peralatan berkenaan tetapi bagi peralatan yang terlalu usang contohnya kereta perisai APC Condor ia sudah dibuat life extension programme 20 tahun yang lalu jadi dia sudah berusia lebih 40 tahun terpaksa tidak menggunakannya, bagi aset-aset lain kita buat unjuran apabila dia dekat nak mencapai tempoh usang kita akan mohon untuk buat life extension progamme kerana kita sedar kerajaan tidak mampu untuk membuat perolehan secara serentak.
Melihat kepada pendekatan terkini bagi perolehan peralatan dan aset tentera melalui kaedah penyewaan contohnya seperti helikopter Blackhawk yang disewa saja. Mengapa ia tidak dibeli dalam jumlah yang ideal bagi memenuhi keperluan Tentera Darat?
Kita memang melihat proses perolehan melalui sewaan ini ialah satu strategi jangka pendek untuk memenuhi jurang keupayaan, mengambil contoh Blackhawk kita memang memerlukan keupayaan helikopter kemampuan sederhana untuk tujuan operasi dan latihan bagi membantu unit-unit yang sedang beroperasi di sempadan negara dan juga latihan pasukan khusus seperti Gerak Khas dan 10 Briged, jadi bagi kita membuat perolehan ataupun membeli helikopter ia akan mengambil masa yang lama contoh masa kita beli MD530 ia mengambil masa hampir enam tahun menyiapkan seluruh proses, kita tidak mampu untuk menunggu terlalu lama bagi mendapatkan keupayaan kerana ia perlu dibangunkan melalui siri pembangunan yang cukup lama jadi apabila kita membuat penyewaan i lebih mudah dan cepat. Kita akan mendapat keupayaan itu dengan lebih cepat, ia bukan perkara baru dan kita pernah buat dengan konsesi penyewaan untuk bot-bot tepuk dalam menjalankan operasi di persisiran pantai negeri Sabah.
Berkenaan perancangan untuk perolehan kereta perisai baru yang akan menggantikan Condor, bolehkah Datuk maklumkan apakah perkembangan terkini?
Kita sudah diberi peruntukan untuk membeli perolehan terkini berjumlah 136 kereta perisai baru bagi memenuhi keperluan kenderaan di dua rejimen kor Armor Diraja menggantikan kereta perisai APC Condor yang lama, buat masa sekarang proses perolehan masih dalam pelaksanaan, tender perolehan. saya tidak boleh membuat spekulasi cuma hakikatnya 136 kenderaan ini masih tidak memenuhi keperluan. Sebenarnya 224 buah kenderaan diperlukan di dua rejimen tapi kita bersyukur apa yang kita dapat, kita terima 136 kenderaan ini nanti, kita boleh lengkapkan kedua-dua rejimen kerana untuk masa sekarang kedua rejimen itu tiada kenderaan tapi kita terpaksa agihkan daripada rejimen lain supaya latihan semua dapat diteruskan. Berdasarkan projek lalu ia mengambil masa juga untuk diterima, kita jangkakan dua hingga empat tahun, Kita faham dan perkara ini (baki kenderaan yang masih belum cukup) kita dah panjangkan ke kementerian dan dalam perhatian, kita berharap untuk 2024 ini, kami akan membuat perolehan bagi kereta perisai untuk kegunaan di Lubnan dan harapnya untuk 2025 nanti kita akan tanya semula untuk baki kenderaan.
Mengambil iktibar dari perang Ukraine-Rusia di mana dron digunakan sebagai senjata yang mampu menjadi ancaman utama. Pada pandangan Datuk bagaimana Tentera Darat harus bersedia untuk menghadapi perang dron ini?
Penggunaan dron kini semakin maju daripada dulu kita ingat dron ini digunakan hanya untuk pemantauan perisikan sekarang mengambil iktibar dari perang Ukraine- Rusia ini dron digunakan sebagai Loitering Munition ada yang buat suicide dron dan sebagainya jadi kita maklum tentang kemajuan teknologi dron ini. Sejak 2010 lagi kita sudah buat projek rintis kajian pembangunan tapi lebih kepada pemantauan dron taktikal berskala kecil dan besar. Kita juga dalam kajian membangunkan kita punya doktrin berkenaan dengan dron ini bukan saja untuk pemantauan sekarang kita juga melihat untuk membangunkan keupayaan anti dron, jamming dron dan sebagainya kerana kita sedar masyarakat dunia menggunakannya juga dan kita yakin jiran-jiran juga menggunakan teknologi dron jadi kita tidak seharusnya ketinggalan, kalau saya boleh nyatakan di sini operasi kita di sempadan negara juga kita sudah gunakan dron sebab ada kawasan yang sukar untuk kita sampai dan susah kerana sempadan kita luas terutama di Sabah dan Sarawak dan di sempadan Malaysia Thailand jadi kita gunakan dron ini supaya kita dapat mengawasi setiap inci di setiap sempadan. Dalam operasi di perairan Johor juga kita gunakan, buat masa ini kita tidak ada unit khas untuk ini dan kini dikendalikan oleh anggota khas dan risikan. Mereka yang akan kendalikan dron ini, dalam masa akan datang kita juga dalam kajian untuk menubuhkan anggota atau unit khas untuk kendalikan.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kup-berat-bagi-saya |
|
|
|
|
|
|
| |
|