View: 3407|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pengunjung pasar raya gempar biawak tersekat dalam lubang tandas
[Copy link]
|
|
Anggota APM mengeluarkan biawak yang 'tersekat' di dalam lubang tandas lelaki di Melang, di sini, petang semalam. IHSAN APM
KUALA PILAH – Pengunjung lelaki sebuah pasaraya di Melang, di sini, semalam gempar apabila seekor biawak ditemui ‘tersekat’ di dalam lubang tandas lelaki.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, kejadian kira-kira pada pukul 5.35 petang itu mengejutkan orang ramai apabila mendapati kepala reptilia itu tersumbat di dalam lubang tandas.
“Operasi menyelamatkan biawak malang itu mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menenangkannya sebelum dikeluarkan. Biawak berkenaan dianggarkan seberat empat kilogram dan panjangnya pula kira-kira 80 sentimeter.
“Biawak ini kemudiannya di bawa keluar dari pasar raya dan dilepaskan ke habitat asal setelah berjaya diselamatkan oleh anggota APM,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Ghazali menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan ancaman bahaya atau bencana dan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... alam-lubang-tandas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|