View: 32434|Reply: 0
|
Mangsa serangan seksual Vin Diesel senyap sebab takut
[Copy link]
|
|
Mangsa serangan seksual Vin Diesel senyap sebab takut
VIN DIESEL
PELAKON terkenal Vin Diesel bakal berdepan dakwaan melakukan serangan seksual selepas bekas pembantu peribadinya, Asta Jonasson memfailkan pertuduhan tersebut di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada 21 Disember lalu.
Dalam pertuduhan tersebut, Diesel telah dituduh melakukan serangan seksual terhadap Jonasson di sebuah bilik hotel di Atlanta, Georgia, AS pada 2010 ketika menjalani penggambaran sebuah filem.
Menurut Jonasson, pelakon berusia 56 tahun itu telah menceroboh masuk ke bilik hotelnya, lalu meramas payudara dan menciumnya secara paksa.
“Diesel tidak mengendahkan permintaan Jonasson yang secara tegas telah menolak diperlakukan sedemikian rupa,” kata laporan yang dipetik dalam Reuters itu.
Lebih malang lagi, Jonasson turut mendakwa telah dipecat oleh aktor tersebut beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.
Kata Jonasson, dia memilih menutup mulut selama bertahun-tahun kerana bimbang akan dipersalahkan atas apa yang berlaku, lebih-lebih lagi pelakon tersebut mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam industri.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... senyap-sebab-takut/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|