CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13064|Reply: 0

[Terengganu] Rezeki banjir, nelayan kaut kelah merah 18kg

[Copy link]
Post time 25-12-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Berang: Seorang nelayan darat tidak menyangka musibah banjir membawa 'durian runtuh' dengan kemunculan seekor ikan kelah merah seberat 18 kilogram di Sungai Berang, dekat Kampung Pengkalan Ajal di sini.

Nordin Embong, 57, berkata, spesies ikan yang agak sukar dijumpai itu terperangkap di dalam pukat anak saudaranya Mohd Hafifi Abu Bakar, 33, sekitar 5 petang semalam.

"Anak saudara pak cik (Mohd Hafifi) tahan pukat kira-kira 3 petang semalam di sungai. Selepas dua jam dia pun menarik pukatnya tetapi berasa hairan kerana sangat susah untuk tarik sebab berat.

"Rupa-rupanya ada ikan kelah merah yang bersaiz hampir separuh badan manusia dewasa. Kami semua pun terkejut apabila dia bawa balik ikan sebesar itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Ajal di sini hari ini.



Menurut Nordin harga ikan kelah merah di pasaran sekitar RM150 hingga RM200 sekilogram dan harga ikan kelah merah yang dijumpai itu mampu mencecah sekitar RM3,600.

"Harga itu adalah harga ikan yang telah mati. Kalau ikan ini masih hidup harganya akan mahal dua kali ganda.

"Semalam ada orang hubungi pak cik nak beli ikan ini sekiranya masih hidup untuk dijadikan sebagai ikan induk, tetapi ikan ini telah mati dan dia membatalkan hasrat untuk membeli," katanya menambah ikan berkenaan mati selepas beberapa jam dibawa pulang.

Nordin berkata, setiap kali musim banjir kebanyakan penduduk akan menjalankan aktiviti menangkap ikan darat sebagai pendapatan sampingan, namun ikan kelah merah bersaiz gergasi itu didakwa adalah yang pertama kali muncul di kampungnya.

"Seumur hidup pak cik ini kali pertama tengok ikan kelah merah sebesar ini. Sebelum ini pun paling besar pak cik pernah lihat seberat 10 kilogram sahaja. Ikan itu pakcik tangkap sendiri pada musim banjir tahun lepas," katanya.

Ikan darat yang ditangkap penduduk, menurut Nordin kebiasaannya akan dibeli pengusaha restoran di sekitar Kuala Berang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ut-kelah-merah-18kg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.313706 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list