CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8789|Reply: 0

[Johor] Mereka berjalan ke balai, mahu buat laporan ditipu ejen – Polis

[Copy link]
Post time 25-12-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode

TULAR rakaman deretan warga Bangladesh berjalan kaki di Teluk Ramunia, Bayu Damai, Kota Tinggi mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk.

KOTA TINGGI – Tular rakaman video deretan warga Bangladesh berjalan kaki beramai-ramai di Teluk Ramunia Bayu Damai sini sehingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan.

Bagaimanapun difahamkan kesemua warga asing itu dikatakan dalam perjalanan untuk membuat laporan polis kerana didakwa telah ditipu ejen pekerjaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, video berkenaan dirakam pada 20 Disember lalu dimana warga asing Bangladesh dikesan berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk di penempatan tersebut.

“Susulan itu terdapat satu laporan polis dibuat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan hasil tindakan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Imigresen seramai 171 orang lelaki warga Bangladesh ditahan.

“Kesemua mereka berumur antara 19 hingga 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut di atas kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua tangkapan warga asing berkenaan dihantar ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, pihaknya difahamkan kesemua mereka hendak ke Balai Polis Bayu Damai untuk membuat laporan polis ekoran ejen pekerjaan mereka tidak memberikan kerja.

“Mereka bukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), mereka semua masuk melalui jalan yang sah melalui ejen-ejen pekerjaan mereka.

“Difahamkan, mereka belum dapat diberikan kerja oleh ejen dan sudah sekitar tiga ke enam bulan tiada pekerjaan.

“Jarak asrama ke balai polis kira-kira 10 kilometer. Difahamkan juga ejen masih belum memperoleh kerja yang sesuai dengan kehendak majikan,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -ditipu-ejen-polis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059018 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list