View: 10755|Reply: 1
|
[Kelantan]
Polis kenal pasti beberapa lokasi panas seperti 'Mini Dhaka'
[Copy link]
|
|
Anggota dan pegawai polis menahan warga asing dalam operasi di 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, Kuala Lumpur pada 21 Disember lalu. - Foto fail NSTP
KOTA BHARU: Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk terletak di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah 'titik panas' dan daerah yang terbabit sama ada di Kelantan dan negeri lain.
Beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan panas di Kelantan terletak di daerah yang bersempadan dengan Thailand.
"Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas yang menjadi tumpuan pendatang asing di beberapa negeri di negara ini termasuk Kelantan.
"Ia susulan operasi besar-besaran yang dijalankan di Jalan Silang, Kuala Lumpur dan kita akan melancarkan siri operasi keselamatan terhadap PATI ini tidak lama lagi. Tumpuan kita terlebih dulu di Lembah Klang dan diikuti kawasan lain," katanya kepada New Straits Times.
Hazani berkata, operasi itu akan dijalankan secara bersama dengan agensi lain.
Media sebelum ini melaporkan, seramai 1,001 PATI ditahan dalam operasi khas di 'Mini Dhaka' sekitar Kompleks Kota Raya dan Jalan Silang pada 21 Disember lalu.
Operasi bermula jam 11 pagi itu disertai seramai 1,138 pegawai dan anggota daripada KDNKA membabitkan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).
https://www.bharian.com.my/berit ... -seperti-mini-dhaka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dan semoga megantikan anggota menjaga sempadan tu orang luar negeri (wajib), dan berganti2 setiap bulan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|