CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30165|Reply: 0

[Terengganu] 15 peniaga berdepan detik cemas konopi diterbangkan angin kencang

[Copy link]
Post time 23-12-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN sebahagian kanopi peniaga yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Pantai Sura, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN



DUNGUN: Kira-kira 15 peniaga yang berniaga sempena kejohanan Bola Sepak Pantai di Pantai Sura, dekat sini, berdepan detik cemas apabila konopi jualan mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut kira-kira pukul 1.20 tengah hari, tadi.

Difahamkan, dalam.kejadian itu beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap kanopi yang berterbangan.

Salah seorang peniaga, Rohana Muda, 48, berkata, dia yang sedang berniaga terkejut apabila angin kuat secara tiba-tiba datang dari arah pantai dan sekelip mata menerbangkan lapan kanopi peniaga di lokasi tersebut.

“Ketika itu keadaan hujan sekejap-sekejap lebat dan renyai-renyai, angin agak kuat. Namun secara tiba-tiba angin kencang datang.

“Kami tak sempat buat apa-apa. Banyak barang-barang peniaga termasuk makanan dan pakaian turut rosak terkena hujan,” katanya.

Rohana berkata, dua individu turut mengalami cedera ringan selepas terkena besi kanopi.

Menurutnya, penganjuran bola sepak pantai tersebut diadakan selama dua hari bermula semalam.

“Semalam cuaca agak baik, banyak jualan kami yang laku. Tak sangka hari ini akan berlaku kejadian buruk begini walaupun hujan kadangkala tidak terlalu lebat,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung, Ahmad Adli Sulaiman, 40, berkata dia yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak pantai juga terkejut dengan kejadian itu.

“Sebelum ini, memang ada juga penganjuran bola sepak pantai di sini waktu musim tengkujuh begini, namun hanya hujan biasa berlaku dan tidak pernah terjadi hujan lebat begini,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Adli berkata, penganjur sepatutnya lebih berhati-hati sebelum menganjurkan perlawanan berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat di negeri ini bermula semalam sehingga 26 Disember depan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... gkan-angin-kencang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.225809 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list