CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7411|Reply: 0

[Kelantan] Zon bebas cukai Rantau Panjang tidak terjejas banjir

[Copy link]
Post time 19-12-2023 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Zon bebas cukai Rantau Panjang tidak terjejas banjir

OlehADILA SHARINNI WAHID
19 Disember 2023 08:20am




Kelihatan beberapa pelancong yang datang ke zon bebas cukai di Rantau Panjang.



RANTAU PANJANG - Walaupun masih dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL), zon bebas cukai Rantau Panjang dibuka dan beroperasi bagi menyambut kedatangan pelancong sempena musim cuti persekolahan.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan perniagaan yang menempatkan pelbagai barangan jualan termasuk pakaian, perkakas dapur hingga ke gerai kekacang mendapati kedai-kedai dibuka oleh peniaga seawal jam 9 pagi.



Seorang peniaga, Wira Abdul Ghani, 30, berkata, gerainya terletak di bahagian kiri zon itu tidak mengalami banjir semasa gelombang pertama dan gelombang kedua ketika ini.


Wira menjual pelbagai jenis kekacang di Pekan Rantau Panjang.




Katanya, gelombang pertama bulan lalu, paras air naik hanya setinggi 0.2 meter di bahagian tengah zon manakala di bahagian lain keseluruhannya kering.



“Saya berniaga seperti biasa walaupun hari hujan dan akan menggunakan plastik untuk menutup makanan yang dijual bagi mengelak daripada basah atau rosak.

“Jika air tidak naik, saya akan terus berniaga tetapi tetap dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang jika datang gelombang ketiga yang lebih besar daripada pertama atau kedua seperti berlaku pada Februari lalu apabila air setinggi 0.5 meter di kawasan gerai ini,” katanya ketika ditemui di Pekan Rantau Panjang di sini pada Isnin.







Pekan Rantau Panjang tidak terjejas banjir.




Dalam pada itu, seorang pembantu peniaga, Nurhidayah Mamat, 34, berkata, walaupun kedainya beroperasi, namun tidak ramai pelanggan yang datang.

Katanya, kemungkinan pelancong atau orang ramai tidak mengetahui pekan itu tidak dinaiki banjir.

Ujarnya, banjir hanya berlaku di kawasan rendah di kampung-kampung di Rantau Panjang, manakala zon bebas cukai itu tidak terjejas.

“Kalau sebut Rantau Panjang sememangnya orang akan ingat pada zon bebas cukai dan apabila sebut Rantau Panjang banjir, orang ramai mesti beranggapan zon ini pun dinaiki air.









“Sebenarnya tidak dan cuaca panas selepas hujan membantu air kering dengan cepat dan tidak sempat banjir,” ujarnya.



Nurhidayah mengangkat semula barangan yang disimpan ke bahagian depan kedai untuk dijual.




Pun begitu, Nurhidayah mengakui baru lepas menurunkan barangan dari besi perancah yang dibina untuk meletakkan barang di tempat tinggi sebagai persediaan mengelak ditenggelam banjir.

“Besi perancah ini akan dipasang semula jika air Sungai Golok yang terletak hanya 300 meter dari sini melimpah dan kedai akan ditutup.

“Buat masa sekarang, kedai buka hingga jam 6 petang dan saya pun boleh datang berniaga kerana jalan di Kubang Rambutan boleh dilalui walaupun kawasan kampung itu banjir,” ujarnya.


Saifuldin (dua dari kiri) bersama keluarganya yang melancong dan membeli-belah di Rantau Panjang.




Sementara itu, pelancong dari Terengganu, Saifuldin Zainuddin, 37, berkata, dia tiba bersama isteri dan dua anaknya di Kota Bharu pada Sabtu dan datang ke zon bebas cukai berkenaan untuk membeli-belah.

“Mula-mula saya ingatkan kawasan ini banjir dan mencuba nasib untuk datang, rupa-rupanya tak ada air dan bolehlah kami membeli barangan seperti jersi.

“Jalan utama dari Kota Bharu ke Rantau Panjang juga boleh dilalui dan tidak terjejas banjir,” kata kakitangan awam itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048812 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list