CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6591|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Penduduk biarkan pintu, jendela terbuka elak rumah rosak

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Rahimah Yusuf, 59, menunjukkan pintu rumahnya yang sentiasa dibuka bagi mengelak ia rosak akibat arus banjir selepas jalan dilalui kenderaan berat di Kampung Kubang Rambutan, di sini, semalam. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Rantau Panjang: Penduduk Kampung Kubang Rambutan di sini, terpaksa mengambil inisiatif sentiasa membuka pintu, jendela, serta pagar rumah bagi mengelak ia rosak akibat arus banjir apabila jalan dilalui kenderaan terutama jentera berat.

Tinjauan ke penempatan itu semalam, mendapati hampir kesemua kediaman terutama berdekatan jalan utama, membiarkan rumah mereka terbuka bagi memastikan 'ombak' yang terhasil selepas jalan dilalui kenderaan tidak merosakkan kediaman mereka.

Penduduk kampung itu, Rahimah Yusuf, 59, berkata, dia sudah serik kerana perlu mengeluarkan kos ribuan ringgit untuk menggantikan pintu baharu setiap kali selepas banjir, justeru dia turut mengambil langkah sama selepas mendengar nasihat jiran setempat.

Katanya, cara terbabit dilakukan supaya tidak berlaku hempasan kuat 'ombak' serta mengurangkan risiko kerosakan pintu terutamanya kepada kediaman jenis rumah kayu sepertinya.



"Bagaimanapun, demi menjaga keselamatan harta benda, kami perlu sentiasa berada di rumah kerana bimbang dimasuki pencuri kerana pintu yang sentiasa terbuka.

"Jalan utama di kawasan ini dinaiki air separas 0.3 sehingga 0.5 meter dan biasanya dilalui banyak kenderaan berat. Begitu juga dengan pemilik pacuan empat roda yang majoriti hanya melalui laluan ini untuk melihat suasana banjir.

"Kami mohon kepada mereka yang melalui jalan di sini supaya memperlahankan kenderaan kerana sudah buntu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Rambutan, di sini, semalam.

Rahimah berkata, pada banjir sebelum ini, penduduk terpaksa berpakat mengumpul duit untuk membuat kain sepanduk memberi amaran kepada pengguna jalan raya agar berhati-hati serta memperlahankan kenderaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung itu, Mohamad Farid Ridhwan Mad Rosip, 32, berkata, ada masanya pemilik rumah terpaksa bersedia menunggu di hadapan kediaman masing-masing untuk memberitahu pemandu supaya memandu perlahan.

"Boleh dikatakan hampir semua rumah di tepi jalan ini pernah berlaku kerosakan bukan sahaja pintu serta dinding tercabut, malah pagar juga runtuh berulang kali setiap kali bah.

"Air di sini tidaklah terlalu deras namun menerima hempasan 'ombak' yang kuat apabila segelintir pemandu lori memandu dengan laju tanpa memikirkan kesannya kepada penduduk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ka-elak-rumah-rosak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.329828 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list