CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21445|Reply: 0

[Kelantan] Jambatan runtuh akibat banjir, 4 kampung di Kuala Krai terjejas

[Copy link]
Post time 18-12-2023 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Jambatan runtuh akibat banjir, 4 kampung di Kuala Krai terjejas

17 Disember 2023  11:11pm



Empat kampung dekat Chenulang terputus hubungan apabila sebuah jambatan runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. - Foto Bernama



KUALA KRAI - Kira-kira 500 penduduk daripada empat kampung dekat Chenulang di sini, terputus hubungan apabila sebuah jambatan runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Empat kampung itu adalah Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Batu Pagar.



Penduduk, Mohd Mahdam Abdullah, 30, dari Kampung Pasir Jering berkata, kejadian tersebut disedarinya jam 1 tengah hari tadi selepas air di kawasan rumahnya mulai surut hari ini.

"Walaupun banjir besar pernah berlaku pada 2014 tetapi jambatan ini tidak runtuh dan kejadian ini adalah kali pertama berlaku di kampung kami.



"Apabila jambatan runtuh ia akan menyukarkan penduduk kampung untuk melakukan aktiviti harian seperti membeli kelengkapan dapur dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Dia berharap pihak berwajib segera membina jambatan baharu supaya penduduk dapat melakukan rutin harian tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, Panglima Briged Kelapan Infantri Briged Jeneral Datuk Azudin Hassan ketika mengadakan tinjauan di lokasi kejadian berkata buat masa ini, pihaknya menyediakan dua bot dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebuah bot dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk penduduk sekiranya berlaku kecemasan.

"Hampir 55 pegawai dan anggota polis, bomba, tentera dan APM bertugas untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.049965 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list