CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23746|Reply: 0

[Kelantan] Dua lagi PPS dibuka di Pasir Mas, dua sungai melepasi paras bahaya

[Copy link]
Post time 17-12-2023 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Dua lagi PPS dibuka di Pasir Mas, dua sungai melepasi paras bahaya


Oleh Hidayatidayu Razali - Disember 17, 2023 @ 10:15pm  [email protected]




Keadaan banjir di Kampung Serongga, Pasir Mas, Kelantan. - Foto Bernama




KOTA BHARU: Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dibuka hari ini berikutan peningkatan mangsa banjir.

Setakat 9 malam, mangsa banjir mencatatkan peningkatan kepada 4,840 orang daripada 1,528 keluarga berbanding 4,549 orang petang tadi.

Kesemua mangsa banjir ini berlindung di 15 PPS di dua daerah iaitu 14 PPS di Pasir Mas dan satu PPS di Tanah Merah.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, mangsa banjir di Pasir Mas berjumlah 4,716 orang membabitkan 1,494 keluarga manakala mangsa banjir di Tanah Merah seramai 124 orang daripada 34 keluarga yang berada di satu PPS iaitu Sekolah Menengah Ugama (A) Kajang.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, dua sungai utama di Kelantan yang melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.25 meter (m) dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu (1.94m).

Satu sungai melepasi paras waspada iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.29m).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.043010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list