|
Balai Polis Rantau Panjang dan 15 Pos PGA di Rantau Panjang dinaiki air pada paras 0.3 meter hingga 2.5 meter akibat banjir gelombang kedua melanda Kelantan sejak Khamis lalu. FOTO Ihsan IPK
Kota Bharu: Sebanyak 15 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan satu balai polis di Rantau Panjang dinaiki air, susulan gelombang kedua banjir yang melanda Kelantan sejak Khamis lalu.
Kesemua pos PGA dan balai polis berkenaan dinaiki air antara 0.3 meter (m) sehingga 2.5m.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, balai polis yang terjejas itu adalah Balai Polis Rantau Panjang yang ditenggelami air 0.3m, manakala, 15 Pos PGA di Op Taring Wawasan merangkumi Pos PGA Terusan, Pak Teh Kana, Salleh Berek, Pak Atah, Syarifah dan Ibrahim Pencen.
"Selain itu, ia turut membabitkan Pos PGA Kaloi, Wakaf Zain, Pulau, Kubang Pak Hitam, Mek Gombak, Haiwan, Pintas Serongga, Bukit Lata dan Pintas Jejawi.
"Kesemua Pos PGA dan Balai Polis Rantau Panjang itu dinaiki air pada paras 0.3m hingga 2.5m," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lai-polis-tenggelam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|