CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27297|Reply: 0

Pameran ATM jadi tarikan

[Copy link]
Post time 9-12-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Pengunjung mengunjungi reruai Angkatan Tentera Malaysia ketika Program Setahun bersama Kerajaan Madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: Reruai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempamerkan makanan pasukan pertahanan negara ketika latihan dan penugasan operasi iaitu Ransum Tempur Biasa Kantung (RTBK) antara tarikan utama Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

Pelajar, Nur Qistina Syakila Mohd Faizul, 16, berkata, dia teruja merasai makanan tentera terutama jem nenas yang selalu dilihat di televisyen sejak berusia 12 tahun.

"Ini kali pertama saya melihat dan merasai makanan tentera. Saya menghormati kerjaya tentera yang berkorban menjaga kedaulatan negara dan melihat tugas mereka di hutan serta makan ransum membuatkan saya juga teringin merasainya.

"Tak sangka hari ini saya berpeluang melihat ransum dan dapat merasai jem nenas yang memang sudah lama mahu dirasai," katanya ketika ditemui pada program berkenaan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.



Rabiatul Aishah Nazri, 21, berkata, dia teruja dapat melihat RTBK yang menjadi keperluan tentera ketika bertugas dan menjalani latihan di hutan serta mengakui maklumat diberi petugas mengenai keperluan itu membuatnya berasa lebih kagum serta menghormati pasukan pertahanan negara.

"Makanan tentera ternyata enak dan tahan lama, tak sangka juga walaupun bertugas dan menjalani latihan di hutan mereka juga masih boleh menikmati makanan yang sedap seperti ini biarpun semuanya sudah siap dimasak.

"Saya teruja melihat pek makanan tentera kerana semuanya lengkap dengan makanan utama sehingga pencuci mulut. Walaupun dalam keadaan terbatas dan mengisi perut dengan makanan yang siap dimasak tetapi anggota kita tetap gigih menjaga pertahanan negara," katanya.

Sementara itu, Penyelia Jabatan Simpanan Banyak 91 Depot Bekalan Pusat Batu Caves, Pegawai Waran 1 Zaliza Hashim berkata, RTBK mempunyai lapan menu (lapan pek makanan) untuk kegunaan anggota ketika menjalani operasi dan latihan di hutan.

Katanya, setiap pek mempunyai menu utama yang berbeza dan ia untuk kegunaan seorang tentera bagi tempoh dua hari atau sehari untuk kegunaan dua anggota.

"Sambutan hari ini sangat mengalakkan dan ramai yang mengunjungi reruai kami untuk merasai pengalaman kerana sebelum ini orang awam tidak pernah merasainya. Pada program ini kami berkongsi dengan mereka makanan kami ketika bertugas dan latihan," katanya.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad menyediakan pelbagai program menarik berlangsung seperti pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga 50 peratus.

Selain itu turut menjadi tumpuan kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-Cuti Cikgu serta saringan kanser payudara dan kanser serviks yang diberikan secara percuma, serta kempen antigangguan seksual selain membeli barang keperluan harian di reruai Jualan Mega Madani dan Jualan Rahmah

Program itu menjadi platform untuk rakyat menyaksikan dan memahami segala pelaksanaan dasar, inisiatif serta pencapaian Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh satu tahun pentadbiran.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-atm-jadi-tarikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059089 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list