CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6292|Reply: 0

[Johor] Genset rosak punca CIQ bergelap

[Copy link]
Post time 6-12-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh pada sidang media di Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Johor. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

ISKANDAR PUTERI: Kerosakan satu daripada tujuh genset dikenal pasti puncabekalan elektrik terputus lebih 12 jam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor, sejak malam tadi.


Perkara itu dikesan sewaktu kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula jam 8 malam tadi hingga jam 4 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata genset yang tidak beroperasi itu sepatutnya membekalkan bekalan elektrik ke dewan pejalan kaki.

"Kerja penyelenggaraan dilakukan oleh TNB bermula jam 8 malam hingga 4 pagi tadi dengan sokongan tujuh genset untuk bangunan CIQ tetapi satu genset tidak dapat beroperasi dengan baik.

"Kita berdepan masalah bermula jam 11 malam, yang mana bekalan elektrik ketika itu tidak stabil apabila sekejap hidup sekejap mati sebelum genset berkenaan mati sepenuhnya pada jam 2 pagi.

"Bagaimanapun, masalah bekalan elektrik dapat diselesaikan selepas TNB melakukan kerja penyelenggaraan kira-kira jam 9.30 pagi.

"Walaupun e-gate tidak dapat berfungsi dengan baik ketika bekalan elektrik terputus, sembilan laluan kontra yang dibuka membantu," katanya ketika ditemui di pejabatnya selepas Mesyuarat bersama pengurusan BSI, TNB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Mohamad Fazli berkata, TNB akan mengkaji bekalan tambahan sumber alternatif untuk BSI manakala JKR juga akan membaiki genset yang rosak serta lakukan pembaharuan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak kejadian berulang.

"Ia sebagai persediaan awal jika ada kerja membabitkan penutupan bekalan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) dan Stesen Suis Utama (SSU).

"Ketika ini, bangunan BSI hanya boleh membekalkan 33 kilovolt dari PPU Gerbang Perdana.

"Perkara ini tidak asing kerana bangunan itu memiliki tujuh genset sebagai persediaan, maka kita cadangkan TNB tidak bergantung kepada pembekal utama PPU Gerbang Perdana dan kita minta satu laluan lain untuk bekalan tenaga elektrik ke bangunan itu," katanya.

Gangguan bekalan elektrik di CIQ BSI sejak malam tadi dan berlarutan selama 12 jam menyebabkan berlaku kesesakan di ruang mengecop pasport yang terpaksa dilakukan secara manual.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut meluahkan kekecewaannya dan menyifatkan insiden itu amat memalukan kerajaan negeri Johor.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.530963 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list