CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10075|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan rekod 102 kes penyakit berjangkit melibatkan mangsa banjir

[Copy link]
Post time 4-12-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode

DR. Zaini Hussin (tengah) bersama pegawai menunjukkan kamera badan di Wisma Persekutuan Kota Bharu , hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED




KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan sebanyak 102 kes penyakit berjangkit melibatkan mangsa banjir yang berlindung di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini dalam tempoh dua minggu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah itu dilaporkan berlaku bermula 23 November lalu sehingga semalam.

Menurutnya, sebanyak 69 kes penyakit-berjangkit dilaporkan di PPS di daerah Bachok, diikuti Pasir Mas (24 kes), Kota Bharu (5 kes) dan Tanah Merah (4 kes).

“Kes kumulatif bagi saluran pernafasan adalah sebanyak 68 kes, penyakit kulit pula 27 kes, masing-masing satu kes mata dan cirit birit selain lain-lain simptom dengan lima kes.

“Berdasarkan kajian, penyakit berjangkit  mungkin berpunca daripada makanan atau air,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kamera Badan Kepada 30 Pegawai Penguat Kuasa JKNK di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Zaini memberitahu, mangsa banjir yang tinggal di PPS dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri selain memastikan makanan dan minuman dalam keadaan selamat bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit.

Katanya, JKNK juga membuka klinik bergerak dan kekal di PPS sebagai langkah awal untuk merawat mangsa banjir yang menghadapi masalah penyakit berjangkit atau kesihatan lain.

“Semua mangsa banjir yang berada di PPS terutamanya yang bergejala tidak sihat digalakkan supaya memakai pelitup muka.

“Setakat ini, kes penyakit berjangkit di PPS masih terkawal,” katanya.

Mengulas mengenai penggunaan kamera badan untuk pegawai penguat kuasa JKNK, beliau berkata, langkah itu untuk memelihara integriti dan meningkatan imej jabatan itu ketika menjalankan tugas.

Katanya, ia juga bagi mengatasi isu ancaman atau halangan terhadap anggota penguat kuasa di samping memastikan imej dan tahap profesional pegawai dihormati.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita ... tkan-mangsa-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.248095 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list