CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15307|Reply: 0

[Kelantan] Wanita sarat mengandung diberi khemah di tingkat 3 PPS, pilih tidur di rumah

[Copy link]
Post time 3-12-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

ROSLINA yang sarat mengandung memilih terus menetap di rumahnya Kampung Berek Pak Tua Long. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Rantau Panjang: Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan terpaksa mengambil risiko terus menetap di rumah walaupun pekarangan luar rumahnya sudah dilanda banjir hampir satu meter sejak beberapa hari lalu.

Roslina Kohamad, 42, terpaksa mengambil tindakan itu memandangkan pusat pemindahan sementara (PPS) yang didaftarkan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial memberikannya khemah penginapan di tingkat tiga memandangkan kawasan bawah sudah penuh.

"Disebabkan itu hanya suami yang tidur di PPS berkenaan dan setakat ini saya masih bertahan berada di rumah memandangkan tidak larat untuk memanjat tangga, selain terpaksa berulang alik ke tandas.

"Ketika proses pendaftaran kelmarin, saya ada memaklumkan sarat mengandung dan kini hanya menghitung hari untuk bersalin memandangkan tarikh bersalin dijadualkan pada 15 Januari depan.



"Namun disebabkan kawasan bawah sudah penuh, kami lima beranak diberi tempat di tingkat tiga. Untuk masa ini hanya suami bersama dua anak tidur di sana manakala saya dan anak bongsu berada di rumah selagi keadaan air masih terkawal," katanya ketika ditemui di Kampung Berek Pak Tua Long, di sini, hari ini.

Roslina bagaimanapun berkata, dia tetap akan berpindah ke PPS sekiranya paras air semakin naik dan keadaan membahayakan.

"Alhamdulillah setakat ini masih terkawal dan disebabkan itu saya masih berani berada di rumah. Malah, suami juga sering pulang melihat keadaan saya.

"Situasi berpindah ke PPS bukan perkara baru memandangkan setiap tahun rumah dilanda banjir dan boleh dikatakan tahun ini agak lewat berlaku banjir berbanding tahun sebelumnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilih-tidur-di-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074883 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list