View: 22186|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
KPDN rampas 38,500 liter minyak diesel subsidi diseleweng
[Copy link]
|
|
SEBUAH premis tanpa nombor di Kampung Kebun Jimah, Port Dickson yang dijadikan tempat urus niaga jual beli, pengumpulan dan penyimpanan minyak diesel bagi tujuan diseleweng diserbu KPDN pada 1 Disember lalu.
PORT DICKSON: Sebanyak 38,500 liter minyak diesel disyaki bersubsidi bernilai RM82,775 dirampas hasil serbuan di sebuah premis di Kampung Kebun Jimah di sini pada 1 Disember lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, premis tanpa nombor itu dijadikan tempat urus niaga jual beli, pengumpulan dan penyimpanan minyak diesel bagi tujuan diseleweng.
Kata beliau, turut disita dalam Op Tiris tersebut, sebanyak 15 buah lori, satu unit badan lori tangki, 32 unit tangki IBC, 15 unit pam minyak beserta hos, dua unit pam bermeter serta wang tunai RM21,000 yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM302,775.
“Serbuan melibatkan sembilan orang pegawai dan anggota dari Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas JDNKA Bukit Aman itu turut menahan 13 orang lelaki warga tempatan, berusia antara 20 hingga 54 tahun.
“Mereka disyaki telah berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen atau permit yang sah dan melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
“Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan, AKB1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... subsidi-diseleweng/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|