CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11472|Reply: 0

[Negeri Sembilan] RM500 untuk belia kali pertama berkahwin di Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 2-12-2023 08:16 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang melangsungkan perkahwinan kali pertama, mulai tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata selain itu sumbangan keceriaan sebanyak RM200 seorang kepada warga emas yang berusia 70 tahun.

"Selain bantuan kepada golongan belia dan warga emas, peruntukan juga disediakan bagi setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini di mana mereka layak memohon caruman RM100 di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional bermula tahun 2024.

"Dianggarkan sebanyak 16,000 bayi dilahirkan di Negeri Sembilan dan oleh itu sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan untuk tujuan ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2024 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15, di sini, petang tadi.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM300 seorang bagi anak-anak yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh di bawah Skim Sejahtera Rakyat (SSR).

Beliau berkata, ia membabitkan peruntukan sebanyak RM150,000 dengan terhad 500 orang penerima setahun.

Bagi golongan ibu tunggal pula katanya, golongan itu yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang akan menerima sumbangan sekali beri sebanyak RM200 seorang.

"Kerajaan negeri juga akan memberikan baucar bantuan lesen motosikal sebanyak RM150 seorang kepada belia dari keluarga B40 terhad kepada 100 orang belia dari setiap DUN dengan peruntukan RM540,000," katanya.

Mengenai pembangunan usahawan, Aminuddin berkata satu program baharu, TUNS Perintis akan diperkenalkan mulai tahun hadapan khusus bagi mewujudkan budaya keusahawan kalangan pelajar sekolah.

"Selain itu, program NS Choice dengan peruntukan RM1 juta di mana usahawan terpilih akan dibimbing ke arah peningkatan kualiti produk, penjenamaan, pembungkusan dan pensijilan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042409 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list