CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4701|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Tumpat mula dinaiki air

[Copy link]
Post time 30-11-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Air bergenang di rumah penduduk beberapa kampung di Tumpat akibat hujan serta limpahan Sungai Golok termasuk dari Pasir Mas serta Rantau Panjang. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Tumpat: Beberapa kampung di Pengkalan Kubor mula dinaiki air berikutan hujan sejak beberapa hari lalu serta limpahan air Sungai Golok termasuk dari Pasir Mas serta Rantau Panjang.

Kampung yang terjejas adalah Kuala Jambu, Kubang Sawa, Naga Ibu, Pisau Raut, Derdap , Jejulok, Kajang Sebidang dan Bendang Pak Yong.

Tinjauan yang dibuat di kampung berkenaan mendapati rumah penduduk sudah digenangi air dan beberapa laluan utama dinaiki air.

Penduduk Kampung Kubang Sawa, Rosnani Mat Roni, 47, berkata, berbanding semalam, paras air sudah kelihatan menurun namun cuaca tidak dapat diduga memandangkan sekarang musim tengkujuh.



"Sekitar rumah sudah digenangi air dan semalam saya keluar ke pasar di Tumpat untuk mencari stok makanan untuk bekalan sepanjang banjir.

"Biasanya jika hujan berterusan dan hampir 10 kawasan kampung menerima limpahan air Sungai Golok manakala bagi kawasan yang tidak dinaiki air, penduduk akan terkepung," katanya

Setakat jam 3 petang hari ini, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan paras waspada Sungai Golok di Kuala Jambu iaitu 2.13 meter berbanding 2 meter pada paras normal.

Bagi penduduk Kampung Naga Ibu, Nariza Ariffin, 47, yang tinggal berdekatan dengan dengan Sungai Golok, bimbang jika berlaku hujan lebat berterusan kerana akan berlaku limpahan.

"Walau sudah lali dengan banjir sehingga air memasuki rumah, perasaan risau tetap berlaku kerana lokasi rumah berhampiran sungai (Golok).

"Sekarang pun kami sudah terkepung kerana semua laluan dinaiki air dan air pula semakin perlahan surut disebabkan tiada saliran untuk air mengalir ke sungai kerana terhalang dengan pembinaan benteng banjir," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-mula-dinaiki-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.314373 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list