CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8272|Reply: 0

[Terengganu] 500 rumah nelayan daif dibaik pulih

[Copy link]
Post time 30-11-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Sabu (kanan) meninjau nelayan yang menjual hasil tangkapan laut di Kompleks LKIM, Kuala Kemaman, Kemaman, hari ini.



KEMAMAN: Sebanyak 500 rumah nelayan yang daif di seluruh negara dibaik pulih yang menelan belanja RM10 juta pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rumah tersebut dibaik pulih untuk memberi keselesaan kepada nelayan terlibat tinggal di kediaman yang lebih baik.

Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian mendapati masih banyak rumah nelayan yang daif dan perlu dibaik pulih dengan segera.

“Kalau kita lihat kepada perkampungan nelayan kita dapat rasakan ekonomi mereka di tahap yang agak rendah.

“Bila kita lihat kepada rumah mereka, sama ada rumah itu dibuat secara bersendirian atau pun dibeli, kita nampak ia memerlukan penambahbaikan.

“Sebab itu kita peruntukan untuk membaiki rumah nelayan sebanyak RM10 juta, namun sebenarnya bagi saya jumlah itu masih belum mencukupi tetapi buat masa ini, kita melihat mana yang perlu didahulukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Santai Madani Bersama Nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemaman di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad memberitahu, KPKM akan berbincang dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mengatasi masalah jurang harga ikan di bandar-bandar utama yang berpunca daripada orang tengah.

Katanya, walaupun harga ikan dapat dikurangkan kelak, nelayan seharusnya mendapat harga yang setimpal dengan hasil laut ditangkap.

“Apa yang saya lihat, harga ikan kerisi di sini dijual RM10 untuk tiga kilogram, berbanding di kawasan bandar contohnya, di Pasar Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, harga yang dijual adalah sekitar RM12 untuk satu kilogram ikan berkenaan.

“Ertinya di sini peranan orang tengah masih lagi kuat. Jadi kita harap LKIM dan NEKMAT dapat memainkan peranan masing-masing bagaimana nak buat supaya harga di sini setimpal dengan dijual pada pengguna di bandar.

“Mungkin pihak berkaitan boleh bincang, sama ada sediakan lori untuk penghantaran di kawasan bandar dan jika ada keperluan pengangkutan dan penambahan peruntukan, saya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan,” katanya. UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -daif-dibaik-pulih/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.200603 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list