CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6099|Reply: 0

[Johor] Bekas penyanyi nasyid slipped disc, isteri pula hidap kanser tahap 3

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:23 PM | Show all posts |Read mode

Wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak dan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam mengunjungi bekas anggota kumpulan nasyid Iman Heart, Zek Ayry Khan yang ditemani Noor Diana Hashim di kediaman sewa di Taman Impian Emas. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Walaupun Allah menguji saya dengan barah payudara tahap tiga namun Dia juga beri saya kekuatan untuk mencari rezeki sejak suami jatuh sakit," kata Noor Diana Hashim, 44, isteri kepada bekas anggota kumpulan nasyid Iman Heart, Zek Ayry Khan, 44.

Noor Diana berkata, dia diuji dengan barah Disember lalu manakala suaminya, Zek Ayry Khan, 44, pula mengalami masalah cakera tulang belakang teranjak (slipped disc) dan keadaannya bertambah buruk sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dua minggu lalu selepas menjalani rawatan kemoterapi sejak Disember tahun lalu hingga April lalu manakala suaminya juga menjalani pembedahan tulang belakang pada awal tahun.

Katanya, malah dia juga dijadualkan untuk menjalani rawatan radioterapi dalam tempoh masa terdekat di Hospital Sultan Ismail (HSI).



Katanya, sebagai pejuang kanser, dia bersemangat kental untuk menghadapi pelbagai cabaran demi keluarganya termasuk tiga anak berusia 15 hingga 22 tahun.

"Bagi menampung perbelanjaan kos rawatan, kami terpaksa kehilangan aset. Sebelum ini saya menjadi perancang majlis namun sejak pandemik Covid-19 perniagaan merosot, malangnya ketika dalam fasa pemulihan saya pula diduga dengan masalah kesihatan.

"Suami pula bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional selepas berehat sementara daripada dunia hiburan dan dia bertanggungjawab mengurus segala perbelanjaan keluarga termasuk sewa rumah namun dia pula mengalami masalah kesihatan yang membataskan pergerakannya.

"Walaupun selepas pembedahan, keadaannya masih sama dan sejak tiga bulan lalu, dia tidak mampu bergerak lama dan perlu banyak berehat," katanya ketika ditemui di Taman Impian Emas di sini.

Noor Diana berkata, untuk menampung perbelanjaan keluarga, dia bersama anak-anaknya menjual produk sejuk beku termasuk sambal petai bilis, sambal belimbing, sambal tumis bilis, paru rempah sambal dan acar buah berempah.

"Pendapatan hasil menjual produk ini sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan harian kami namun ia tidak mencukupi bagi membiaya perbelanjaan rawatan saya mahupun suami.

"Malah saya juga bercadang untuk menjual busana Muslimah saya dengan harga rendah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk kegunaan semasa.

"Saya buntu kerana perlu menjalani Pet Scan (Positron Emission Tomography) di hospital swasta yang dianggarkan memakan kos RM2,000 bagi mengenalpasti sama ada sel kanser saya merebak atau tidak namun masih menangguhnya.

"Saya juga bersedia untuk mengambil sebarang tempatan katering atau upah memasak sehingga keadaan suami kembali pulih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak dan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash & Carry, Mas Imran Adam yang menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 termasuk wang tunai dan barangan keperluan dapur

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Noor Diana Hashim di1040070003182 Am Bank.

Zek yang memulakan langkah dalam dunia peragaan pada penghujung 90-an menceburi bidang lakonan pada 2009.

Namun, pada 2013 Zek mendapat kepercayaan untuk menjayakan watak pembantu dalam drama Buih-Buih Kasih.

Drama 13 episod disiarkan RTM itu berjaya membentuk keyakinan dalam diri Zek untuk terus mengasah bakat sebagai pelakon sehingga 2014.

Menyedari minatnya lebih ke arah nyanyian, Zek atau nama sebenar Zek Ayry Khan Zarak Khan menubuhkan kumpulan nasyid, Iman Heart pada 2016.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idap-kanser-tahap-3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062670 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list